Isu Mesir: Respon Turki, Qatar, Arab Saudi dan Syria

Dalam hal semasa berkaitan tentang isu di Mesir, satu perkara yang tidak boleh dmohamed_morsi-1ilepas pandang adalah respon dan penglibatan Turki. Sebelum berlakunya rampasan kuasa oleh tentera Mesir, Menteri Luar Turki iaitu Ahmet Davutoglu telah menghubungi beberapa negara, antaranya ialah US, Britain, France, German dan Qatar bagi membincangkan hal di Mesir yang pada ketika itu dilihat sangat genting. Hal ini kerana tindakan yang bakal diambil oleh tentera pada ketika itu tidak sepatutnya berlaku.
Setelah berlakunya rampasan kuasa di Mesir, Turki terus mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan pihak tentera yang telah membelakangi prinsip demorasi. Parlimen Turki, termasuk dengan parti-parti pembangkang sebulat suara mengutuk rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera.

Itu dia peranan Turki. Dilihat tegas dengan prinsip yang dipegang, dan menyuarakan pendapatnya mengutuk ketidakadilan.

Namun, ada juga perkara yang sebaliknya berlaku. Satu perkara yang dikira agak menyedihkan ialah apabila Arab Saudi dengan pantas memberikan ucapan tahniah kepada Presiden sementara Mesir hanya beberapa jam selepas penggulingan berlaku.

Selain itu, Qatar kini mula memberikan ucapan tahniah kepada Presiden sementara Mesir yang baru dilantik.

Bagi aku, tindakan Qatar dan Arab Saudi jauh berbeza kerana Qatar adalah sebuah negara yang kecil dan sistem pertahanannya adalah sangat lemah jika ingin dibandingkan dengan Arab Saudi. Beberapa bulan sebelum ini, Qatar telah memainkan peranan yang sangat besar dalam dunia Islam. Qatar terlibat sebagai watak utama dalam beberapa isu seperti di Libya, Gaza dan Syria. Qatar juga telah membantu dari segi kewangan kepada kerajaan Mesir pimpinan Morsi dalam usaha membantu memulihkan ekonomi Mesir. Namun, tindakannya yang diambil kini bagi aku adalah merupakan strateginya agar kestabilan dan keselamatan Qatar terus terjamin. Perlu diingat bahawa Qatar sehingga kini membenarkan Ikhwan Muslimin meneruskan aktiviti-aktiviti dakwah dan kebajikan berbanding negara-negara Arab yang lain, dimana perjalanan IM kebanyakannya dilarang ataupun terhad.

Namun, respon Arab Saudi bagi aku adalah amat menyedihkan. Negara penjaga dua -Tanah Haram. Aku tidak terbaca daripada mana-mana sumber media antarabangsa akan usaha Arab Saudi dalam meredakan ketegangan di Mesir.

Ironiya, Basyar Assad kelihatan sangat gembira dengan penggulingan Presiden Mesir. Namun, semua irang tahu apakah maksud tersirat beliau.

Kini, kelihatan hanya Turki sahaja yang dilihat boleh mewakili suara Islam di peringkat dunia. Rangkaian Turki, Mesir dan Qatar telah tiada. Tunisia juga masih jauh daripada mencapai kestabilan.

Apakah nasib Palestin, Gaza dan Syria selepas ini?

Allahu akhbar!!!!
Allahu a’lam…

[Hanya pandangan peribadi ditengah-tengah malam]

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s