Artikel lama ‘revisit’: Scotland, Catalonia, Sabah & Sarawak: 4 negeri mengharapkan perubahan

Artikel asal seperti tajuk di atas ditulis sekitar setahun yang lepas, iaitu bersempena ulangtahun Hari Malaysia. Pada ketika itu timbul segelintir pihak yang ingin mengambil pendekatan yang sama terhadap Sabah dan Sarawak seperti apa yang berlaku di Scotland dan Catalonia; iaitu referendum mewujudkan negeri yang bebas merdeka.

Setelah setahun berlalu, terdapat banyak perubahan yang berlaku ke atas negeri-negeri yang terlibat.

Scotland

Scotland kekal menjadi sebahagian daripada United Kingdom.

Walaubagaimanapun, dalam Pilihanraya Umum United Kingdom 2015 yang lalu, ‘Scottish National Party’ (SNP) telah menang dengan sangat besar dan mengejutkan ramai pihak. SNP telah memenangi 55 kerusi parlimen daripada 59 kerusi parlimen yang dipertandingkan di Scotland.

SNP berjaya merampas banyak kerusi-kerusi daripada ‘Labour Party’ dan menjadi wakil yang utama rakyat Scotland di ‘House of Commons’.

Kemenangan besar ini menyebabkan Kerajaan Persekutuan dibawah ‘Conservative Party’ perlu memberi perhatian terhadap isu-isu yang disuarakan oleh SNP. Kemenangan besar SNP itu boleh juga dianggap sebagai suatu kemenangan buat rakyat Scotland.

Catalonia

Pada 27 September 2015 yang lalu, parti pro-kemerdekaan iaitu ‘Junts pel Si’ (Together for the Yes) telah memenangi majoriti kerusi parlimen pada Pilihanraya Catalonia. ‘Junts pel Si’ telah memenangi 62 kerusi parlimen daripada 135 kerusi yang dipertandingkan.

Selain itu, satu lagi parti yang turut pro-kemerdekaan Catalonia iaitu ‘Popular Unity Candidacy’ (CUP) telah memenangi sebanyak 10 kerusi parlimen. Jumlah kerusi parlimen yang dimenangi oleh kedua-dua parti pro-kemerdekaan ini telah menjadikan mereka sebagai majoriti iaitu sebanyak 72 kerusi parlimen.

Presiden Catalonia iaitu Artur Mas menyatakan bahawa mereka akan memastikan kemerdekaan Catalonia daripada Sepanyol akan dilakukan dalam tempoh 18 bulan.

Walaubagaimanapu, Kerajaan Sepanyol telah menyatakan pendiriannya dengan tegas iaitu tidak akan membenarkan perpisahan Catalonia daripada Sepanyol untuk berlaku.

Seterusnya, Pilihanraya Umum Sepanyol yang bakal berlangsung pada penghujung tahun ini adalah merupakan suatu proses utama yang perlu diberikan perhatian bagi melihat sejauh mana usaha mencapai kemerdekaan Catalonia membuahkan hasil.

Sabah & Sarawak

Ketua Menteri Sarawak telah bertukar daripada Tan Sri Abdul Taib Mahmud kepada Tan Sri Adenan Satem. Maka, mungkin rakyat telah pun “terlupa” akan segala tuduhan korupsi terhadap bekas Ketua Menteri tersebut.

Usaha untuk membawa Sabah & Sarawak keluar daripada Malaysia tidak lagi kedengaran. Secara umumnya, itu suatu petanda yang positif. Hal ini kerana, keutamaan yang harus diberikan ialah untuk memperkukuhkan amalan demokrasi di Malaysia.

Majoriti besar rakyat Malaysia maklum bahawa Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh Umno-Barisan Nasional mengamalkan sikap “pilih kasih” dalam pentadbiran di Malaysia.

Bukan sahaja Sabah & Sarawak, malahan Kelantan juga turut dinafikan haknya hanya kerana Kelantan berada di bawah pentadbiran PAS. Royalti Petroleum bagi Negeri Kelantan dinafikan oleh Kerajaan Persekutuan. Malahan petroleum yang digali di perairan Kelantan dipilih untuk didaratkan di Selatan Thailand yang jaraknya lebih jauh berbanding dengan Kelantan.

Oleh yang demikian, bagi situasi di Malaysia, pilihan masih ada iaitu melalui sistem pemilihan demokrasi yang diamalkan. Prestasi Pilihanraya Umum tahun 2008 dan 2013 telah membuahkan hasil dimana terdapat negeri-negeri utama yang kini berada di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan iaitu Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Negeri Sarawak bakal menjalani Pilihanraya Negeri Sarawak yang dijangka akan berlangsung pada bulan Mac 2016. Parti-parti pembangkang seperti PKR dan DAP telah pun lama melakukan gerak kerja persediaan menghadapi pilihanraya tersebut bagi menentang BN. SNAP juga yang merupakan parti pembangkang tempatan turut bersedia menghadapi pilihanraya yang bakal dihadapi.

Kesimpulan

Situasi di Malaysia mungkin tidak sama dengan situasi yang berlaku di Scotland dan Catalonia, kerana semua tempat-tempat tersebut mempunyai faktor sejarah yang sangat berbeza. Ditambah lagi faktor-faktor lain seperti sosiopolitik, sosioekonomi, demografi dan geografi yang berbeza, pastinya mempengaruhi keputusan politik yang berlaku.

Sehubungan itu, untuk perubahan di Malaysia, pilihanraya yang diadakan seharusnya dijadikan platform utama untuk melakukan perubahan. Kemenangan yang diperoleh perlu digunakan untuk memperbaiki sebarang masalah yang ada dan memperkukuhkan amalan demokrasi di Malaysia.

Usahkan Sabah dan Sarawak untuk keluar daripada Malaysia, malahan Negeri Johor juga usahlah memilih untuk keluar daripada Malaysia atas apa alasan sekalipun. Semoga Negara Malaysia yang terbentuk pada setengah abad yang lalu akan terus kekal makmur. Usah dipersiakan titisan-titisan darah para pahlawan yang telah berjuang menjaga negara.

Advertisements

Scotland, Catalonia, Sabah & Sarawak: 4 negeri mengharapkan perubahan – Ali Firdaus

Scotland, Catalonia, Sabah & Sarawak: 4 negeri mengharapkan perubahan – Ali Firdaus
Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, kesatuan selama 300 tahun Scotland bersama United Kingdom bakal ditentukan nasibnya seluruh rakyat Scotland.

Pengundian sama ada untuk kekal bersama menjadi sebahagian daripada United Kingdom ataupun menjadi sebuah negara yang bebas merdeka bakal dilakukan kira-kira 4.28 juta rakyat Scotland pada hari Khamis ini.

Menurut Alex Salmond yang merupakan ketua kepada Parti Kebangsaan Scotland, peluang keemasan ini hanya datang sekali sahaja dalam seumur hidup dan ianya tidak mungkin akan berulang lagi.

Kempen ‘Yes Scotland’ dimulakan dengan mengemukakan Bil Referendum Kemerdekaan Scotland pada 21 Mac 2013 dan seterusnya mendapat kelulusan Perlembagaan Diraja Britain pada Disember 2013.
empoh masa selama 9 bulan diberikan kepada semua pihak bagi berkempen sama ada ‘Yes’ ataupun ‘No’ kepada kemerdekaann Scotland.

Dalam pada masa yang sama, parti-parti utama di United Kingdom iaitu Parti Konservatif, Parti Liberal Demokratik dan juga Parti Buruh yang selama ini mempunyai perbezaan politik, bekerjasama menggerakkan kempen ‘No’ kepada kemerdekaan Scotland.

Perdana Menteri David Cameron, Nick Clegg dan juga Ed Miliband dilihat bekerjasama dalam memastikan agar Scotland terus kekal bersama United Kingdom.

Ketiga-tiga parti ini juga dilihat bersetuju menjanjikan Scotland lebih kuasa mentadbir jika mereka mengundi ‘No’ dalam pengundian yang bakal dilakukan ini nanti.

Dalam pada itu, segala perkembangan yang sedang berlaku di Scotland kini menyuntik semangat kepada warga Catalonia yang pro kepada kemerdekaan Catalonia daripada Sepanyol, untuk meneruskan pengundian Referendum Kemerdekaan pada 9 November 2014.

Pada 11 September 2014 yang lalu, dianggarkan seramai 1.8 juta daripada 4 juta penduduk Catalonia keluar berhimpun di jalan-jalan utama di Barcelona bagi menyambut Hari Kebangsaan Catalonia.

Tarikh tersebut yang disambut sempena memperingati ulang tahun ke-300 kejatuhan Catalonia kepada Kerajaan Sepanyol dilihat lebih sensitif dan signifikan pada tahun ini kerana bakal melangsungkan pengundian terhadap referendum bagi menentukan status Catalonia pada masa akan datang.

Perhimpunan tersebut turut disertai ikon utama pasukan bolasepak Barcelona iaitu Luis Enrique, Xavi dan Gerard Pique yang dilihat bersama-samamem bentuk simbol ‘V’ gergasi bagi menandakan sokongan terhadap pengundian referendum.

Walaupun, Kerajaan Sepanyol menyatakan usaha untuk mengadakan referendum tersebut tidak sah, namun Parlimen Catalonia tetap berhasrat untuk meneruskannya.

Sementara itu, negara-negara seperti United Kingdom, German dan France menyatakan sokongan kepada Kerajaan Sepanyol yang tidak membenarkan referendum tersebut daripada dilakukan.

Organisasi antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN), Kesatuan Eropah (EU) dan NATO turut dilihat untuk tidak memberikan sebarang sokongan atau pengiktirafan terhadap usaha Parlimen Catalonia tersebut.

Namun begitu, Negeri Basque (Basque Country) yang merupakan salah sebuah negeri di Sepanyol serta mempunyai sejarah yang hampir serupa dengan Catalonia, secara terbuka menyokong usaha Catalonia tersebut.

Dalam perlawanan Liga Sepanyol di antara Barcelona menentang Athletic Bilbao pada hari Sabtu yang lalu, kedua-dua pasukan tersebut dilihat mengenakan jersi pasukan berdasarkan kepada warna bendera negeri masing-masing.

Barcelona memakai jersi berwarna merah-kuning manakala Athletic Bilbao memakai jersi berwarna hijau.

Tindakan tersebut dilakukan setelah mendapat persetujuan dan kebenaran daripada semua pihak yang terlibat termasuk Kesatuan Bolasepak Sepanyol (Spanish FA).

Namun usaha ini tidak terlepas daripada kritikan sesetengah pihak yang menilai tindakan tersebut sebagai mencampurkan urusan sukan dan juga politik.

Walau apapun kritikan dan halangan yang dikenakan, yang pastinya penduduk Catalonia ingin menentukan nasib mereka sendiri.

Dalam pada itu, situasi yang sedang berlaku jauh di Eropah sebenarnya turut berlaku di Malaysia.

Organisasi seperti Borneo Plight In Malaysia (BoPIM) yang berpangkalan di United Kingdom dan juga Sarawak Sovereign Malaysia (SSM) turut menggerakkan usaha yang hampir serupa dengan Scotland dan Catalonia.

Usaha para aktivis ini pada asalnya menuntut agar Kerajaan Persekutuan Malaysia untuk memberikan kuasa pentadbiran autonomi kepada dua buah negeri ini, ataupun sekurang-kurangnya mengagihkan hak yang adil kepada penduduk di negeri masing-masing.

Namun, usaha tersebut seperti tidak diberikan perhatian yang sewajarnya.

Sehinggalah akhirnya, para aktivis berusaha mengkaji semula perlembagaan serta perjanjian diantara Sabah-Sarawak semasa penyertaan mereka dalam membentuk Persekutuan Malaysia.

Melihat kepada perkembangan bagi keempat-empat negeri yang terlibat ini, satu kesimpulan mudah dapat diberikan; iaitu hak ekonomi yang adil terhadap mereka tidak diberikan.

Bagi situasi di Malaysia, umum mengetahui negeri Sabah dan Sarawak adalah merupakan negeri yang kaya dengan pelbagai hasil bumi. Sarawak umpamanya adalah merupakan negeri pengeluar petroleum yang utama di Malaysia.

Selain itu, kedua-dua buah negeri ini juga begitu kaya dengan hasil balak.

Namun malangnya, kekayaan hasil bumi ini tidak dinikmati dengan adil masyarakat Sabah dan Sarawak.

Dengan perkembangan situasi semasa, persaingan diantara kumpulan kempen ‘Yes’ dan ‘No’ di Scotland dilihat begitu sengit dimana perbezaan pungutan suara hanyalah sebanyak 4 poin sahaja.

Bagitu juga dengan situasi di Catalonia, keadaan ekonomi Sepanyol yang tenat serta kemajuan yang ditunjukkan kumpulan kempen ‘Yes Scotland’ memberikan suntikan dan keyakinan yang baru terhadap kumpulan pro-kemerdekaan Catalonia.

Walaubagaimanapun, sebagai rakyat Malaysia, saya sangat berharap agar situasi yang berlaku di Eropah tidak berlaku di Malaysia.

Sebagai rakyat prihatin, saya boleh memahami perspektif pemikiran serta rasional tindakan para aktivis di Sabah-Sarawak. Hal ini berkaitrapat dengan situasi yang dialami kedua-dua buah negeri tersebut.

Namun, saya berharap agar penyelesaian yang terbaik dapat dipersetujui dan diraih semua pihak yang terlibat. Malahan hak bagi negeri-negeri lain seperti Kelantan dan juga Terengganu seharusnya diberikan secara adil.

Bukan itu sahaja, seluruh rakyat Malaysia berhak untuk mendapatkan jaminan keadilan dan kesejahteraan yang sebenarnya.

Bersempena dengan sambutan ulangtahun Hari Malaysia pada 16 September ini, marilah kita bersama-sama berfikir sejenak dan seterusnya berusaha untuk memainkan peranan dalam melakukan perubahan yang lebih positif kepada Malaysia secara keseluruhannya. – 17 September, 2014
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

– See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/scotland-catalonia-sabah-sarawak-4-negeri-mengharapkan-perubahan-ali-firdau#sthash.El95lheO.dpuf

Sastera: Versi Baru Hikayat Hang Jebat (29 September 2013)

1277645_10200182691764483_711655977_o

 

Kisah mengenai Hang Jebat ini telas ditulis beberapa kali oleh penulis yang berbeza, dan salah seorangnya ialah SN Usman Awang.

 

Hasil penulisan tentang kisah Hang Jebat, atau kisah Hang Tuah itu sendiri kalau hendak diikutkan bukanlah sebagai suatu fakta sejarah. Tetapi sebaliknya adalah sebagai karya kritik sosial.
Karya berkenaan dengan kisah Hang Jebat pada sekitar abad yg ke-20 ditulis bagi menggambarkan keadaan masyarakat Melayu pada ketika itu.

Hang Jebat pada asalnya telah ditafsirkan sebagai pembelot, pemberontak dan penderhaka. Namun, kemudiannya watak ini telah ditafsirkan sbg perwira, penyelamat, pahlawan dan jg ‘hero’.

Dalam kesemua karya yg ditulis, watak Hang Jebat telah dimatikan pd penghujung cerita. Hal ini kerana, walaupun cahaya harapan keadilan dan kebenaran itu hampir dicapai, namun kemenangan yg mutlak masih belum dpt dikecapi.
Namun, pd masa kini, mungkin kisah Hang Jebat boleh ditulis semula dgn versi baru. Perjuangannya tetap panjang dan berliku, beliau mungkin menerima pelbagai jenis tentangan dan kecederaan, tapi beliau belum lg terkorban.

Hang Jebat alaf baru memberikan sinar harapan bg mencapai kemenangan yg realistik.

P/s: bagaimana pula nasib Hang Tuah didalam versi yg baru ini?

Pp/s: tapi ada org dah bermimpi melihat wajah sebenar Hang Tuah….ermmm…mcm mana tu?

Isu Semasa Timur Tengah – Bhgn. 1 & 2 (24 September 2013)

Di Timur Tengah, semua perkara berlaku hampir serentak.

[1]

Kudeta di Mesir. israel ambil kesempatan merancang pelan damai dgn Palestin…

So, apa masalahnya?kan bagus kalau aman dan damai….

Masalahnya…

Daripada tertubuhnya entiti bernama israel pd 1948, segala apa yg berlaku, perjanjian etc, semuanya memihak kpd israel! Berat sebelah, tidak adil!! Kesengsaraan terus ‘dihadiahkan’ kpd Palestin.

Resolusi2 PBB yg diveto oleh US sbg Ahli Keselamatsn Tetap PBB semuanya dikeluarkan bg menjamin ‘keselamatan’ israel. Resolusi 242 PBB tak dipatuhi; tiada tindakan. Resolusi 338, 339 diluluskan bertujuan bg menyelamatkan israel drp kalah dlm Perang Yom Kipur. Perjanjian Kem David, Perjanjian Oslo, Perjanjian Annapolis etc, semuanya hanyalah bg mematikan kesinambungan kewujudan israel.

Dan perlu dilihat, siapa pula wakil drp Palestin?

Dalam pelan yg terbaru ni, dan jg segala perjanjian2 yg merugikan Palestin sendiri, wakil tersebut ialah Fatah – pihak yg sgt jelas mempunyai agenda tersendiri.

Tak kiralah prinsip ideologinya nasionalis Arab ke etc, tp jika benar2 berpegang kpd prinsip, tidaklah semudah itu perjuangannya dikalahkan.

Kuomintang Cina, apabila dilihat tidak mampu menandingi Komunis Cina, mereka ‘retreat’ ke Taiwan. Kekal sehingga sekarang.

Jadi, laungan semangat juang Fatah itu sebenarnya, hanyalah sandiwara yg skripnya terus menerus diubahsuai.

Kali ini, ketika Mesir menjadi tumpuan dunia, israel dgn tergesa2 cuba utk teruskan pelan damai bersama Fatah yg mewakili Palestin. Hamas dipinggirkan.

Satu ‘outcome’ yg memang telah pasti, kerugian kpd rakyat Palestin.

Bersambung poin [2]….

[2]

Kudeta di Mesir. US menerima tekanan dan kritikan yg sgt kuat drp seluruh dunia kerana tidak mengisytiharkan tragedi yg berlaku di Mesir sbg kudeta, dan yg lebih teruk, US tidak betul2 bersuara terhadap tragedi yg berlaku di medan Rabi’a.

Secara tiba2, berlaku serangan bom kimia di Syria. Tentera regim Basyar menggunakannya bagi menyerang rakyat Syria sendiri. Lebih 1300 orang syahid.

Dengan lantas US bersuara dan mengutuk tindakan tentera Syria. US mengancam utk ambil tindakan ketenteraan terhadap regim Basyar. Hanya setelah lebih 2 tahun pembantaian di Syria berlaku!! Hanya setelah 150 000 rakyat Syria terkorban!!!! Hanya setelah negara Syria musnah ranap!! Baru US ‘bersungguh’ utk ambil tindakan.

US cuba menonjolkan diri sbg penyelamat kpd Syria. US cuba menunjukkan nilai2 kemanusiaan. Sedangkan hanya beberapa hari sahaja sebelum tu yg berlaku di Mesir, US tidak berbuat apa2.

‘From zero to hero’.

Rakyat Syria wajib dibela. Namun, penglibatan US dalam isu ini sangat meragukan.

Mungkin sahaja serangan bom kimia di Syria itu sebenarnya turut didalangi US, kerana apa yg sgt jelas, US mendapat manfaat yg besar daripadanya.

Sejarah Perlu Ditulis Semula (17 September 2013)

Ramai yang bersetuju agar sejarah negara Malaysia ditulis semula dengan mengikut konteks yang benar dan tepat.

Sebenarnya telah ada cubaan untuk menyingkap dan membina semula sejarah Malaysia mengikut konteks yg seharusnya difahami, walaupun masih tidak menyeluruh. Namun, usaha mereka ini tidak dapat dikembangkan kerana mereka tidak mempunyai autoriti mempopularkannya mengikut arus perdana. Mereka yang cuba menulis semula sejarah dengan konteks yang tepat ini bukannya hanya orang yg biasa2, namun mereka ini adalah dikalangan ahli akademik. Malahan, ramai jg yg terdiri daripada bidang Sejarah sendiri.

Apabila disebutkan nama Tok Janggut, pastinya ramai yang tidak mengetahui bahawa perjuangan beliau melawan penjajah British sebenarnya adalah menyahut seruan jihad daripada Kerajaan Islam Uthmaniyyah. Sejarah mengenai Tok Janggut ini sebenarnya ditulis sendiri oleh bekas pensyarah UKM. Namun, hasil penulisan akademik beliau ini tidak dimasukkan ke dalam silibus pengajaran subjek Sejarah sekolah menengah. Hasil kajian beliau ini bukan datangnya daripada mimpi sebagaimana ada seorang ‘sejarawan’ yg bermimpi melihat wajah Hang Tuah, tapi penulisan mengenai Tok Janggut ini disokong dengan bukti-bukti spt dokumen etc!

Selain itu, bagi contoh yang lain, sejarah mengenai politik Malaysia jg ada ditulis oleh Syed Husin Ali. Namun, penulisan beliau ini tidak dipandang hanya kerana beliau mempunyai pendirian politik yang berbeza. Pasti ramai yang tidak mengenali siapakah gerangannya Syed Husin Ali ini. Bagi yang meminati politik, mungkin mereka tahu bahawa beliau adalah merupakan bekas presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM). Namun, sebenarnya, beliau juga adalah merupakan seorang ahli akademik yang hebat dan pernah berkhidmat di Universiti Malaya. Beliau bukan sekadar berteori di dalam pejabatnya, namun beliau sendiri turun ke medan membuktikan teorinya itu, spt ketika Demonstrasi Petani di Baling suatu ketika dahulu. Dan apa yang lebih menarik ialah beliau sebenarnya merupakan salah seorang yang bertanggungjawab membawa idea kepada penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sayangnya, majoriti besar warga UKM sendiri tidak megetahui akan sumbangannya yang sangat besar ini. Disebabkan pendiriannya, sejarah yang ditulis olehnya tidak diterima, malah cuba untuk dilupakan.

Satu lagi contoh yang ingin dikongsikan disini ialah Farish A. Noor. Beliau banyak menulis sejarah sosial dan politik Malaysia dalam perspektif yang sangat berbeza daripada yang diketahui umum. Bukan sahaja faktanya yang baru dan tidak pernah didengari sebelum ini, malahan ulasan mengenainya jg boleh dikatakan agak berbeza dan baru bagi majoriti besar pembaca. Beliau dikenali dengan pelbagai kontroversi, memang tidak dinafikan ada perbincangan dan penulisan beliau itu agak kontroversi, namun bahagian yang benar dan kritis tidak patut ditolak secara total. Hasil penulisan beliau cuba dinampakkan sebagai ‘berbahaya’. Tapi, jika ianya benar2 berbahaya, mengapa buku-buku beliau mempunyai nombor siri ISBN?

Dan sebenarnya banyak lagi tokoh-tokoh dan ahli akademik negara yang diiktiraf dari segi kelayakan akademiknya telah pun menulis bahagian2 sejarah yang lebih tepat dan mengikut kepada konteksnya. Namun, hasil penulisan tersebut hanya terbatas kepada lingkaran yang kecil sahaja. Pihak yang berautoriti tidak mengambil hasil-hasil kajian akademik tersebut untuk diajarkan secara rasmi dan meluas demi menjaga kepentingan2 tertentu.

Keadaan ini bertambah parah apabila majoriti besar rakyat Malaysia sendiri kurang meminati membaca bahan-bahan bacaan yang bersifat ilmiah dan akademik, kerana menganggapnya sebagai bahan bacaan yang berat. Makanya, mudahlah pihak yang berkepentingan untuk membentuk dan mempengaruhi pemikiran rakyat dalam melihat hal-hal sosiologi negara.

Ahli falsafah biasa berkata, “Yang menang tulis sejarah, yang kalah tulis puisi”.

Mungkin disebabkan kata-kata diatas inilah, maka lahirlaha karya-karya seperti Hikayat Hang Jebat, Putera Gunung Tahan, Anak Mat Lela Gila etc. Cuba menyampaikan mesej yang benar secara tersirat, kerana kuasa terbatas.

Monolog: 16 Ogos 2013

DAP telah mengeluarkan kenyataan media mengutuk dengan keras terhadap pembunuhan yang berlaku di Mesir. DAP juga dalam kenyataan tersebut turut menyeru agar Perdana Menteri DS Najib Tun Razak agar melakukan Sidang Khas Parlimen bagi mengutuk tindakan ganas oleh pihak tentera Mesir. Mereka menyeru agar Malaysia dapat bersatu dalam isu Mesir tanpa mengira perbezaan fahaman politik.

Namun, alangkah malangnya Malaysia, sehingga kini, Kerajaan Malaysia masih lagi tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengutuk tindakan ‘barbaric’ yang dilakukan oleh tentera Mesir terhadap orang awam. Alangkah malangnya Malaysia, mempunyai seorang Perdana Menteri beragama Islam, tidak bersuara membela saudaranya se-Islam di Mesir. Bahkan, beliau turut diam membisu daripada mengeluarkan suara tentang isu yang melanda terhadap umat Islam di Syria.

Alangkah malunya Malaysia, apabila DAP juga turut mengajak seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama untuk sama-sama turun menyertai Himpunan Munajat Perdana 100k di Dataran Merdeka yang dianjurkan oleh PAS pada hari esok bagi menunjukkan solidariti terhadap Mesir. Dimana, apa ‘usaha’ yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia sehingga kini adalah diam membisu tentang isu ummah, cuba menimbulkan ketidak-senangan hubungan diantara kaum, ‘mengesyorkan’ rakyat Malaysia untuk tinggal di negara lain jika tidak menyokong ‘kerajaan’ dan juga jangan makan ayam!!! Malahan, di atas kapasiti individu pun, menteri-menteri Islam Malaysia tidak juga bersuara, kecuali Khairy-opportunis-Jamaluddin!!

Apa lagi yang PM DS Najib ingin tunggu? Adakah sehingga capai angka 100 000 orang syahid di bumi Mesir? Adakah sehingga seluruh bumi Mesir hangus? Adakah sehingga israel mengutuk tindakan kejam tentera Mesir?

Owh!!! Apa lagi yang DS Najib tunggu….

p/s: Antara perkara yang menarik dalam artikel/kenyataan media DAP dalam mengutuk tindakan keras tentera Mesir adalah, tidak ada disebut agar semua pihak meninggalkan kekerasan dalam menangani situasi ini. Hal ini kerana dengan jelas, yang melakukan kekerasan hanyalah daripada satu pihak sahaja, iaitu pihak tentera Mesir dan sekutunya. Manakala pihak pro-demokrasi, tidak mempunyai sebarang senjata. Disini juga dapat dilihat bahawa DAP boleh dikatakan agak jelas dalam menilai situasi di Mesir.

pp/s: Aku bukan ahli DAP. Tapi yang benar itu tetap benar. Yang bathil itu tetap bathil. Cubalah menilai dengan neraca Allah swt, iaitu berdasarkan kepada kefahaman Islam, berpandukan al-Quran dan sunnah. Bukan berdasarkan keturunan, kaum, pangkat, harta, warna kulit etc… Allahu a’lam.

Isu di Mesir: Apa kaitannya dengan Palestin?

e296dba13e25528c13e4c8cb81de3aa8.jpg.thumb_700

Dalam sejarah perjuangan Palestin, Mesir adalah merupakan watak utama dalam rentetan perjuangan bagi membebaskan bumi Barakah ini. Bermula sebagai ‘hero’, sehinggalah tersungkur kepada ‘zero’.

Sejarah telah mencatatkan dimana begitu ramai mujahidin daripada Mesir yang turut bersama-sama menyertai jihad menyelamatkan Palestin pada tahun 1948. Pada tahun 1967, dalam peristiwa yang dikenali sebagai Perang 6 Hari, tentera Mesir telah tewas kepada israel dalam tempoh 6 hari, dimana gelaran tersebut diberikan. Disebabkan oleh kekalahan ini, Mesir telah menyusun strategi dan menyerang kembali israel pada tahun 1972. Pada serangan kali ini, israel telah hampir kalah. Namun US telah masuk campur dan menggunakan kuasa veto PBB yang dimilikinya bagi menghalang Mesir daripada terus menewaskan israel.

Kesan daripada serangan pada 1972 ini atau dikenali sebagai Perang Yom Kippur (israel) atau Perang Ramadhan (Islam), US telah mengusulkan perbincangan damai diantara Mesir dan israel. Hasilnya, satu perjanjian yang dikenali sebagai perjanjian Kem David telah ditandatangani diantara Mesir dan israel pada 1978.

Secara bahasa mudahnya, Perjanjian Kem David 1978 ini telah menjadikan Mesir sebagai boneka kepada israel dan US. Mesir telah berubah menjadi sekutu yang paling kuat israel di rantau Timur Tengah. Mesir mula menjadi musuh kepada Palestin itu sendiri.

Pada tahun 2011, sejarah baru telah tercipta di bumi Mesir dimana Presiden Hosni Mubarak yang selama ini menjadi sekutu kuat kepada israel dan US turun melepaskan jawatannya setelah didesak oleh rakyat Mesir sendiri. Hal ini kerana, selain menjadi agen kepada israel dan US, Mubarak juga turut melakukan perkara yang sama kepada rakyat Mesir sendiri yang mahu menegakkan keadilan.

Setelah kejatuhan Mubarak, buat pertama kalinya dalam sejarah Mesir, seorang presiden telah dipilih oleh rakyat mengikut sistem demokrasi. Kemunculan Presiden Morsi yang cuba memperbaiki keadaan Mesir yang hancur akibat korupsi ini tidak disenangi oleh ramai pihak yang berkepentingan, iaitu ‘orang-orang Mubarak’. Selain itu, kerajaan Mesir pimpinan Presiden Morsi dilihat lantang memperjuangkan keadilan dan hak-hak rakyat Palestin. Salah satu peranan Mesir era Presiden Morsi yang sangat signifikan adalah dengan menjadi broker/pihak tengah diantara Palestin dan israel selepas serangan ke atas Gaza pada penghujung 2012. Dan yang lebih positifnya, segala terma gencatan senjata tersebut adalah mengikut ketetapan bagi membela dan menyelamatkan Palestin. Sesuatu perkara yang dilihat sebagai ‘kerugian’ kepada israel. Sekaligus menjada ancaman kepada israel dan US.

Laporan-laporan antarabangsa, antaranya seperti yang dilaporkan melalui media Al-Jazeera menunjukkan bahawa israel dan US turut berperanan dalam melakukan kudeta terhadap kerajaan Mesir pimpinan Presiden Morsi. Kejatuhan kerajaan Mesir pada awal Julai yang lalu, sekaligus memberikan kesan yang negatif kepada Palestin, terutamanya wilayah Gaza. Pintu sempada Rafah ditutup. Terowong dimusnahkan. Bekalan makanan, ubatan, bahan binaan dan lain-lain lagi disekat. Bahkan rakyat Palestin yang ingin kembali masuk ke Gaza melalui Mesir, dilarang untuk berbuat demikian sama sekali.

Kudeta yang berlaku di Mesir ini memberikan kesan langsung yang negatif kepada Palestin. Kini, Palestin kembali terhimpit dengan pelbagai tekanan dan ancaman daripada israel dan sekutunya.

Isu Palestin perlu dilihat dalam konteks global. Ianya tidak boleh dilihat secara terpisah-pisah, atau secara tunggal. Keadaan di Mesir perlu diberi perhatian. Kerajaan yang sanggup melakukan pembunuhan dan pembantaian terhadap rakyatnya sendiri, manakan boleh untuk diharap menjadi pelindung kepada yang lain, dalam hal ini, rakyat Palestin.

Dan pada masa kini, segala apa yang berlaku di Palestin, Mesir, Syria dan Iraq, semuanya mempunyai impak terhadap satu sama lain. Bahkan, apa yang berlaku di Timur Tengah ini juga sebenarnya mempunyai impak terhadap umat Islam di Arakan (Rohingya), Xinjiang dan juga Bangladesh.

Oleh yang demikian, masilah bersama-sama kita mengambil cakna segala apa yang berlaku terhadap umat ini diseluruh dunia.

p/s: Gambar menunjukkan para syuhada di Mesir.

pp/s: Artikel ringkas ini pada asalanya di pos di akaun FB Kelab Sahabat Aqsa bagi mengetengahkan isu semasa di Mesir. Memandangkan akaun FB KSA ini pada asalnya dibangunkan bagi membawa isu Palestin, maka penerangan ringkas berkenaan kaitan Mesir dan Palestin dari aspek politik dan hubungan antarabangsa perlu cuba diterangkan secara ringkas. Antara matlamat KSA dalam membawa sesuatu isu adalah bagi memberikan kefahaman yang menyeluruh terhadap para pembaca dalam sesuatu isu, termasuklah hal-hal berkaitan akidah, aspek politik, strategi etc. Harapannya agar umat Islam di Malaysia, khususnya di UKM tidak melihat sesuatu isu melalui emosi semata-mata. Allahu a’lam.

Keputusan Ergenekon: kejayaan demokrasi di Turki?

180320131609132405018

 

 

Keputusan mahkamah Turki mengenai kes Ergenekon secara tidak langsung membawa Turki kepada satu tahap yang lebih matang dalam mengamalkan sistem demokrasi. Keputusan ini sangat penting kepada Turki kerana ia akan memastikan sistem demokrasi berdasarkan kepada kehendak majoriti rakyat dapat diamalkan. Kes Ergenekon yang terkini bermula pada tahun 2007 apabila terdapat perancangan dan konspirasi bagi melakukan rampasan kuasa daripada kerajaan Turki yang dipimpin oleh AKP. Perancangan ini walaubagaimanapun gagal kerana pihak berkuasa Turki berjaya membongkar konspirasi tersebut dan tangkapan terhadap tertuduh dilakukan. Penyiasatan terhadap kumpulan tersebut dilancarkan dalam usaha melakukan dakwaan jenayah yang dilakukannya.

Ergenekon adalah merupakan suatu organisasi ‘bawah tanah’ yang dipercayai sebagai perancang utama dalam beberapa rampasan kuasa di Turki, dimana sebelum AKP memegang tampuk kuasa, kerajaan Turki pimpinan Necmettin Erbakan adalah merupakan salah satu mangsa konspirasi tersebut. Setelah AKP berkuasa, dimana ramai melihat AKP sebagai sebuah parti Islami, Ergenokon telah merancang satu plot rampasan kuasa terhadap kerajaan Turki pimpinan Perdana Menteri Erdogan. Namun, perancangan tersebut telah gagal.

Ergenekon dianggotai oleh individu-individu yang berpangkat besar dan berpengaruh dalam tentera, parti politik, media dan sebagainya. Dalam keputusan mahkamah yang diumumkan pada hari ini, antara yang dijatuhkan hukuman adalah bekas ketua tentera Turki, dimana beliau telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Hukuman dijatuhkan keatas pesalah diatas jenayah yang dilakukan seperti keganasan politik dan pembunuhan individu-individu tertentu bagi tujuan kuasa dan politik. Pengumuman keputusan hukuman ini juga secara tidak langsung dapat mengeluarkan kuasa dan pengaruh tentera daripada arena politik di Turki.

Bagi sesetengah pihak, terutamanya penyokong ultra-nasionalis, mereka mendakwa bahawa hukuman yang dijatuhkan ini adalah tidak adil dan bertujuan bagi memastikan kuasa politik AKP dan Erdogan terus terjamin. Mereka mendakwa bahawa AKP turut terlibat dalam pendakwaan ini kerana ingin menghapuskan pengaruh pihak pembangkang yang sekular. Selain itu, media barat seperti BBC News pula cuba memberikan imej buruk kepada AKP dalam melaporkan tentang hukuman yang dijatuhkan terhadap kes Ergenekon. Namun, perkara tersebut bukanlah suatu perkara yang baru. Usaha memburukkan imej dengan propaganda negatif terhadap kerajaan Turki dibawah AKP telah ditunjukkan sebelum ini, terutama ketika berlakunya protes terhadap Gezi Park. Dalam pada itu, barat – terutama EU – yang selama ini melaung-laungkan sistem demokrasi telah tidak berlaku adil dalam banyak perkara, terutama apabila berhadapan dengan isu Mesir. Hanya Turki sahaja yang berpegang dan konsisten dengan prinsipnya mengutuk kudeta di Mesir.

Pengumuman hukuman bagi kes Ergenekon ini dillihat sebagai tepat pada masanya. Hal ini kerana Turki yang dipimpin oleh AKP berusaha membuktikan bahawa ia mampu melaksanakan sistem pemerintahan demokrasi yang adil dan telus. Jika konspirasi Ergenekon ini tidak diselesaikan dan dijatuhkan hukuman, sistem demokrasi mengikut kehendak suara majoriti rakyat tidak akan dapat dijalankan dengan sempurna, kerana ‘kuasa-kuasa ghaib’ yang berkepentingan akan terus menimbulkan kekacauan dan mengganggu perjalanan pemerintahan berdasarkan kepada sistem demokrasi itu sendiri.

Namun begitu, perkembangan terbaru di Turki ini pastinya tidak disenangi oleh banyak pihak, terutamanya US, EU dan israel. Semasa berlakunya peristiwa Gezi Park, pesaing-pesaing Turki di Eropah seperti German, melalui Angela Merkel telah memanipulasi isu tersebut dengan menjatuhkan imej Turki, serta cuba menghalang Turki daripada menyertai EU. Maka, isu yang terbaru ini juga mungkin akan dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu bagi kepentingan masing-masing.

 

 

US: The land of hope? No more!!

Detroit_files_for_Chapter_9_bankruptcy_762660000_20130718233052_320_240

2-3 hari ni media antarabangsa banyak komen tentang bandar Detroit yang mengalami bankrupsi. Detroit yg sinonim dgn syarikat kereta jenama Ford, kini dilaporkan berhutang sebanyak USD18 billion!!

Sejak beberapa tahun kebelakangan ni, semakin ramai orang yg berhijrah meniggalkan Detroit. Banyak kawasan yg lengang sehingga menjadi spt ‘bandar berhantu’.

Prof Dr Nazari Ismail, seorang pakar ekonomi dari Universiti Malaya, kerap membicarakan tentang isu berkaitan dengan bahayanya hutang. Dan beliau juga kerap memberikan contoh tentang apa yg berlaku di US.
since-2008-the-city-has-closed-210-of-its-317-parks-private-donations-allowed-the-city-to-delay-the-planned-closure-this-year-of-another-50
Kesan hutang bukan lagi pada taraf individu, namun ianya telah memberi kesan kpd tahap negara. Apa yg berlaku di Detroit hanyalah satu contoh daripada beberapa contoh di peringkat dunia. Greece, Itali, Sepanyol, Ireland dan Portugal; adalah senarai-senarai negara yg bankrup atau menghampiri bankrup.

Masalah ekonomi di Itali misalnya boleh dilihat daripada transaksi perpindahan pemain bolasepak di kalangan kelab bolasepak ternama. Sebagai contoh, AC Milan terpaksa menjual pemain bintang iaitu Zlatan Ibrahimovic dan Thiago Silva bagi menguruskan masalah hutang kelab mereka, yang terkesan dgn keadaan ekonomi Itali-ataupun perkara sebaliknya.

Berbalik kepada isu utama, ekonomi US mulai runtuh, namun ramai yg tidak perasan. Masih lagi meletakkan US sebagai ‘kiblat’ utama. Ekonomi kapitalis. Hatta ekonomi sosialis; pesaing utama kapitalis mungkin bukan penyelesai kepada masalah hutang.

Penyelesaian?

Aku biarkan tanda soal disini, agar kita sama-sama memberkan jawapannya.

Demokrasi: menurut tafsiran Amerika Syarikat

Prof Noam Chomsky

Prof Noam Chomsky

Menurut Prof Noam Chomsky, bagi Amerika Syarikat, setiap terma bagi perbincangan politik mempunyai dua tafsiran. Tafsiran yang pertama adalah seperti apa yang tersurat mengikut pemahaman umum. Manakala tafsiran kedua mempunyai tafsiran yang digunakan bagi tujuan memenangkan politik Amerika Syarikat sendiri, dimana tafsiran ini digunakan secara khusus untuk pihaknya sahaja, tetapi tidak bagi pihak yang lain.

Maka, dalam isu Mesir, Presiden Morsi yang dipilih mengikut sistem demokrasi yang sah tidak diterima oleh AS. Sama halnya seperti kemenangan pilihanraya yang dicapai oleh Hamas di Palestin pada tahun 2006 dahulu. Walaupun pemilihan yang dibuat di kedua-dua negara adalah berdasarkan kepada sistem pemilihan demokrasi yang adil dan telus.

Ironinya, setelah kerajaan yang sah pilihan majoriti rakyat Mesir melalui sistem pemilihan demokrasi digulingkan, AS melalui Timbalan Setiausaha Negaranya menggesa agar kerajaan baru Mesir nanti adalah merupakan kerajaan pilihan rakyat dan mengikut aspirasi rakyat Mesir. Kudeta yang dilancarkan oleh pihak tentera menggulingkan Presiden pilihan rakyat Mesir tidak dianggap sebagai kudeta oleh AS.

Apakah kerajaan pimpinan Presiden Morsi itu bukan pilihan rakyat Mesir? Kemenangan besar parti FJP itu bukan pilihan rakyat?

AS juga turut menyatakan bahawa kerajaan baru Mesir nanti adalah merupakan kerajaan teknokrat. Presiden Morsi mempunyai PhD dalam bidang kejuruteraan dan merupakan seorang bekas pensyarah. Apa lagi yang AS mahu?

p/s: Prof Noam Chomsky adalah merupakan seorang ahli linguistik, falsafah, sejarah, dan pengkritik politik dari Amerika Syarikat. Beliau berbangsa Yahudi, namun beliau menentang ideologi zionism.