Qatar – part 2

QATAR part2: Walaupun sekarang ni entgah super hot pasal KL112, tapi aku just nak share satu artikel pasal Qatar daripada Middle East Monitor. Tapi aku rasa jangan la percaya bulat2 apa yang Shamira Shackle ni tulis, maksudnya dr segi komentari/ulasan/analisis dia. Tapi facts tu boleh dipegang dulu la sebagai rujukan kot.

http://www.middleeastmonitor.com/blogs/politics/4980-qatars-enigmatic-diplomacy-and-the-arab-spring

Ni ak punya komen/gosip pasal Qatar:

Aku rasa sebenarnya apa yang berlaku kat Qatar ni ada juga peranan daripada Syeikh Yusuf Al-Qardhawi kot. Aku ada baca satu buku yang ditulis oleh seorang pensyarah USIM tentang ketokohan Syeikh Prof Dr Yusuf Al-Qardhawi. Buku tu bagitau pada asalanya, Syeikh Yusuf Qardhawi ni dipinjamkan kepada sebuah universiti di Qatar yang baru nak offer kursus Pengajian Islam.P ada asalnya, dia akan berkhidmat di Qatar secara kontrak, dan setelah habis kontrak, dia akan balik semula ke Mesir. Tapi, apabila kontrak dia dah habis dan nak balik ke Mesir, pada masa tu kat Mesir tengah berlaku satu penangkapan besar-besaran oleh Kerajaan Mesir ke atas ahli2 Ikhwanul Muslimin. Dan Mesir masa tu minta agar Yusuf Qardhawi dipulangkan segera kepada Mesir untuk ditahan, tapi kerajaan Qatar tak benarkannya dan meminta Yusuf Qardhawi supaya terus berkhidmat. Akhirnya, Yusuf Qardhawi terus settle down kat Qatar. Kalau ikut buku tu juga, pemerintah Qatar pada masa tu sangat memberikan sokongan kepada Yusuf Qardhawi dalam menjalankan aktivit dakwahnya juga.

Jadi, pada pandangan aku, tak mustahil bahawa segala tindakan Emir Qatar sekarang ni – bantu Gaza, Mesir, invest kat Algeria – adalah sebenarnya kesan daripada pengaruh Yusuf Qardhawi itu sendiri. Dalam bahasa lain, Emir Qatar ni berkemungkinan menerima nasihat daripada Yusuf Qardhawi, dan dia juga mungkin ada kesedaran Islam juga kot.

Qatar memang mempunyai kekuatan daripada segi ekonomi, tapi lemah daripada segi ‘fizikalnya’ kerana ia adalah sebuah negara yang sangat kecil. Jadi, apabila negara2 Arab yang lain bangun menuntut kebebasan daripada pemimpin diktator masing2, Qatar terus hulur bantuan menyatakan sokongan. Pada pandangan peribadi aku, tindakan Qatar adalah bagi membantu negara2 Islam seperti Mesir, Gaza dan Algeria agar dapat memperbaiki keadaan masing2 dan terus mengukuhkan keadaan masing2. Tindakan adalah supaya negara2 Islam ini dapat bersuara membela Islam diperingkat global.

Pasal Qatar tak sokong tentang kebangkitan di Bahrain, pada aku, kat Bahrain tu yang bangun memberontak tu adalah puak syiah. Jadi aku rasa, mungkin sebab tu Qatar tak tolong/sokong tentang ‘kebangkitan’ kat Bahrain. Ni satu lagi bukti/sokongan terhadap pendapat aku bahawa Emir Qatar boleh dikatakan agak cenderung kepada Islam, tak seperti pemimpin negara2 Islam yang sebelum ni.

Allahu a’lam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s