Perkembangan Sunni di Iran

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, aku mula melihat isu pertembungan Sunni-Syiah ini dengan serius. Secara jujurnya, sebelum ini aku hanya menyangka perbezaan Sunni-Syiah hanyalah perkara biasa dan tidak perlu diperbesarkan. Hal ini kerana pada ketika itu, aku sendiri sebenarnya tidak memahami apa itu Syiah.

Aku mula mengambil perhatian terhadap kejahatan/kezaliman Syiah sekitar pada awal tahun 2011 apabila aku mendengar satu perkongsian tentang perkembangan semasa di Iraq, dimana ramai umat Islam Sunni di Iraq dibunuh oleh puak Syiah. Setelah US menjatuhkan diktator Saddam Hussein, Syiah mula menguasai kerajaan baru Iraq. Mereka yang dahulunya hidup bersama-sama, kini semuanya berubah. Puak Syiah terus melakukan kekejaman kepada umat Islam Sunni di Iraq. Pendedahan isu ini, sekaligus membuka mata aku.

Seterusnya, pada penghujung 2011, aku telah berpeluang mendengar satu perkongsian khas berkenaan perkembangan semasa di Syria. Perkongsian ini telah disampaikan oleh Syeikh Dr. Khalid Hassan Hendawi, iaitu pembantu kanan Syeikh Prof Dr. Yusuf al-Qardhawi. Perkongsiannya juga telah membuka mataku tentang apa yang berlaku di Syria. Dalam isu Syria ini, kerajaan Iran dengan jelas dan terang-terangan telah menghantar bantuan ketenteraan kepada regim Basyar. Dalam masa yang sama, puak Syiah di Iraq juga telah berikrar bahawa perang di Syria adalah ‘perang kami’. Pada ketika itu, aku mulai sedar betapa teruk dan kejamnya Syiah! Mereka sanggup hidup dalam kepura-puraan, dan menzahirkan dendam kesumat yang tidak berasas dalam hati mereka apabila mempunyai peluang.

Kesan daripada dua isu besar tersebut, iaitu Isu Iraq dan Isu Syria, aku mula mempunyai satu perspektif iaitu Iran=Syiah!

Aku berprasangka begitu kerana aku merasakan agak mustahil akan adanya orang Islam Sunni yang dapat hidup di negara Iran yang dipimpin oleh Syiah.

Namun, baru-baru ini aku mendengar bahawa umat Islam Sunni sebenarnya semakin berkembang di Iran. Apabila aku mendengarnya buat kali pertama, aku seperti tak percaya. Iran, kerajaan yang dipimpin oleh Syiah, kejam dan zalim itu, ada golongan sunni yang hidup di sana! Menurut sumber yang aku perolehi lagi, fahaman/ajaran Syiah di Iran sebenarnya juga semakin tidak popular dikalangan rakyat mereka sendiri. Atas sebab itu, mereka cuba memperhebatkan penyebaran fahaman tersebut di luar Iran sendiri, termasuklah di Malaysia. Apabila aku mendengar penerangan tersebut, aku cuba melihat kepada pertambahan pesat orang-orang Iran di Malaysia, terutamanya yang datang belajar di universiti-universiti. Aku melihat, ada sesetengah daripada mereka ada yang bersifat/berfahaman liberalisme. Jadi aku merasakan bahawa penerangan tersebut mungkin ada kebenarannya. Tapi, aku masih lagi bersikap berhati-hati dengan mereka, agar aku tidak menggadaikan prinsip.

Baca artikel ini:

http://iissvoicesblog.wordpress.com/2012/10/10/sunnis-on-the-rise-in-iran/

Kalau ikut artikel ni, tindakan kerajaan Iran yang ‘memerintahkan’ agar rakyatnya melahirkan lebih ramai bayi secara tak langsung mengesahkan tentang masalah dalaman yang dihadapi oleh Syiah itu sendiri.

Masalah tentang kadar kelahiran ini sebenarnya turut dihadapi oleh israel, dimana kadar kelahiran umat Islam berbangsa Arab di dalam kawasan jajahan israel itu sendiri sebenarnya melebihi kadar kelhiran Yahudi di israel itu sendiri. Atas sebab itu, sebagai langkah menghadapi masalah tersebut, israel telah ‘menjemput’ semua orang yang dikatakan berdarah Yahudi dari seluruh dunia untuk menjadi warganegara israel.

Segala apa yang berlaku ini sebenarnya menunjukkan bahawa Allah swt menyusun dan mengatur alam ini dengan sangat baik dan tidak terjangkau oleh kita. Allah swt akan terus membantu hamba-hambaNYA yang ikhlas dalam menjaga agamaNYA.

Allahu a’lam.

p/s: Adakah kita faham apa itu Islam?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s