Belajar daripada Sejarah (Siri 1) : Salahudin Al-Ayyubi, Arab Spring & Pembebasan Al-Aqsa

 Arab_Spring_map.svg

“Arab Spring” atau dikenali sebagai Kebangkitan Arab adalah merupakan suatu fenomena yang tidak dijangka oleh mana-mana pihak pun diseluruh dunia. Fenomena yang berlaku pada tahun 2011 ini merupakan satu titik perubahan yang sangat penting dan signifikan dalam lembaran sejarah dunia.

Kesan daripada kebangkitan dikalangan rakyat di dalam dunia Arab itu telah menyaksikan beberapa buah negara Arab yang diperintah oleh diktator kuku besi tumbang satu persatu. Peristiwa yang bermula di Tunisia, apabila seorang pemuda yang dikenali sebagai Mohammad Bouazizi telah bertindak membakar dirinya sebagai tindakan protes terhadap tindakan polis yang merampas peralatan perniagaannya serta menghinanya. Bouazizi kemudiannya menemui ajalnya setelah beberapa hari dirawat di hospital kerana kecederaan yang teruk.

Kesan daripada peristiwa ini, rakyat Tunisia mula bangun menuntut keadilan dan kebebasan dimana akhirnya, Presiden Zainal Abidin bin Ali turun daripada jawatannya setelah lebih daripada 20 tahun ditampuk pemerintahan negara. Fenomena ini sekaligus merebak ke dunia Arab yang lain iaitu sekitar 20 buah negara keseluruhannya. Empat buah negara daripadanya iaitu Tunisia, Mesir, Libya dan Yaman telah menyaksikan pimpinan kerajaan diktator masing-masing berjaya ditumbangkan. Manakala beberapa buah negara seperti Morocco, Jordan dan Oman menyaksikan berlaku beberapa perubahan dalam pentadbiran negara. Namun beberapa negara lain seperti Algeria masih lagi kekal dengan pemerintahan yang asal. Dalam pada itu, keadaan yang berlaku di Syria pula dilihat semakin parah dimana kebangkitan rakyat menuntuk kebebasan daripada regim Basyar Assad bertukar menjadi pembantaian ke atas rakyat yang telah mencecah 670 hari, serta puluhan ribu rakyatnya menemui maut. Walaubagaimanapun, kesan daripada fenomena ini menyaksikan betapa kebangkitan rakyat yang berlaku memberi amaran bukan sahaja kepada pemimpin-pemimpin negara Arab yang terlibat, tetapi juga kepada seluruh dunia.

Dalam kita melihat terhadap fenomena yang berlaku di dunia Arab sekarang ini, kita  sebenarnya tidak boleh lari daripada apa yang berlaku lebih daripada 300 tahun dahulu. Pada ketika itu, seorang mujahid mulia Islam yang dikenali sebagai Salhudin Al-Ayyubi telah mengetuai satu angkatan tentera Islam yang mempunyai misi utama iaitu membebaskan Masjid Al-Aqsa daripada cengkaman tentera bersalib atau turut dikenali sebagai “the Crusaders”. Pada ketika itu, daulah Islam dipimpin oleh Khilafah Abbasiyah. Namun, ianya berada dalam keadaan yang lemah diatas beberapa faktor dalaman sehingga menyebabkan banyak wilayah Islam yang berpecah belah, serta ada yang dirampas oleh musuh Islam. Hal ini termasuklah Baitulmaqdis yang berada dibawah pemerintahan Tentera Salib.

Dalam usaha untuk membebaskan Baitulmaqdis, Salahuddin Al-Ayyubi telah mengumpulkan dan membina satu angkatan tentera yang kuat daripada segi kelengkapan fizikal serta yang paling utama, iaitu kekuatan rohani. Misi pertamanya pada ketika itu ialah dengan membebaskan Mesir, dimana pada ketika itu Mesir berada dibawah pemerintahan Kerajaan Syiah Fatimiyyah. Setelah Mesir dibebaskan daripada fahaman dan kekuasaan Syiah, dan berada dibawah pemerintahannya, beliau meneruskan misi untuk membebaskan beberapa bandar/kawasan disekitar Baitulmaqdis (Syria pada hari ini). Beliau menuju dan membebaskan Damsyiq serta beberapa kawasan lain daripada Tentera Salib. Dalam masa yang sama, beliau telah membuat perjanjian/persetujuan dengan beberapa kerajaan bukan Islam yang tidak bersekutu dengan kumpulan Tentera Salib agar tidak melibatkan diri dalam pertempuran ini. Sehingga akhirnya berlaku satu pertempuran yang sangat penting iaitu Pertempuran Hittin yang menyebabkan Tentera Salib tewas ditangan angkatan tentera Salahuddin Al-Ayyubi, yang seterusnya membuka laluan kepada pembebasan Baitulmaqdis yang mulia ini.

Jadi, jika diperhatikan dengan fenomena yang berlaku sekarang ini di dunia Arab, dengan apa yang berlaku lebih 300 tahun dahulu di rantau yang sama, kita akan dapati bahawa jalan menuju kepada pembebasan Al-Aqsa itu semakin dekat dan pasti. israel yang telah menjajah bumi Palestin selama 64 tahun sebenarnya mendapat kekuatan diatas sokongan daripda regim-regim diktator di negara-negara Arab sebelum ini. Sekutunya yang paling hampir dirantau itu sebelum berlakunya Tsaurah Al-‘Arabiyyah ialah Mesir yang dipimpin oleh Presiden Hosni Mubaraq. Perjanjian Camp David 1978 secara rasminya menjadikan Mesir sebagai pelindung kepada regim zionis israel di rantau itu. Namun kini segalanya dilihat telah berubah. Mesir yang dikenali sebagai singa yang telah lama tidur, kini telah bangkit daripada tidurnya. Dalam peristiwa Hijaratus Sijjin yang berlaku pada 14-21 November 2012 di Gaza baru-baru ini menyaksikan peranan Mesir yang menjadi ‘broker’ atau orang tengah dalam perjanjian damai diantara Palestin dibawah pimpinan HAMAS dan juga rejim zionis israel. Hal ini sekaligus mengembalikan taraf sebenar Mesir di dalam dunia Islam. Selain itu, Turki yang telah mencatat sejarah dimana disitu berlakunya pembubaran Khilafah Uthmaniyah dan digantikan dengan perlembagaan sekular, juga kini telah kembali meletakkan posisinya yang sebenar. Turki juga kini dilihat sangat berperanan dalam menyuarakan isu-isu berkaitan dunia Islam di pentas antarabangsa. israel kini semakin hilang sekutunya dirantau itu. Dan perkembangan semasa yang berlaku di Syria sebenarnya amat membimbangkan israel serta pihak-pihak berkepentingan yang lalu.

Mungkin ini hanyalah satu pemerhatian dan analisis amatur yang dibentangkan. Namun, kita tidak dapat nafikan bahawa sejarah itu tetap berulang apabila faktor-faktor yang diperlukan menyamai dengan situasi yang sebelumnya. Dalam hal semasa ini, tidak dapat dinafikan bahawa antara faktor utamanya pada pemerhatian penulis adalah disebakan kesedaran dikalangan umat Islam untuk kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya seperti apa yang disampaikan oleh Rasulullah saw dan para sahabatnya. Kerana diatas kefahaman itu jugalah Salahuddin Al-Ayyubi membina kekuatan angkatan tentera serta kerajaannya.

Allahu a’lam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s