Hugo Chavez: A socialist, stand for Palestine

palestine-chavez1

(This article was also previously posted on my FB account. The intention of this article isn’t to promote the socialism ideology, but merely just to mention what the former Mr. Chavez had done in supporting the Palestine cause. His actions showed the global support to the Palestine issue. However, one has to bare in mind that the global politics is so complex, that we need to look the bigger picture to understand the whole things. By the way, the article was written on the 6th of March 2013, the day that the Mr. Chavez reported had died.)

Berita tergempar, Presiden Venezuela Hugo Chavez dilaporkan telah meninggal dunia. Beliau dikenali sebagai seorang pemimpin yang tegas dan berani dalam menyuarakan pandangan yang bertentangan dengan kuasa-kuasa besar dunia, terutamanya US. Beliau memimpin Venezuela dengan pendekatannya sendiri yang bebas daripada dasar luar US. Oleh sebab itu, beliau juga merupakan salah seorang pemimpin dunia yang tegas menyuarakan pandangan mengutuk segala kekejaman dan jenayah yang dilakukan oleh zionis israel terhadap Palestin. Pada 2010, beliau dengan pantas telah bertindak mengutuk dengan keras tindakan israel menyerang Konvoi Flotilla Kemanusiaan ke Gaza. Beliau menggesa agar israel didakwa diatas jenayah yang dilakukannya itu. Dan pada tahun sebelum itu, beliau telah mendakwa bahawa israel telah melakukan genosid terhadap rakyat Palestin semasa serangan ke atas Gaza pada awal 2009. Ekoran daripada itu, beliau telah menghalau duta israel ke Venezuela dan memanggil balik dutanya daripada israel. Pada serangan yang terbaru ke atas Gaza, beliau sekali lagi mengutuk dengan tegas tindakan kejam israel tersebut. Beliau telah banyak mempengaruhi tindakan pemimpin negara-negara Amerika Latin dalam mengutuk jenayah yang dilakukan israel sambil disokong kuat oleh Amerika Syarikat. Tindakannya yang sentiasa menyuarakan kutukan terhadap israel pada peringkat dunia adalah suatu tanda solidariti masyarakat dunia menentang kekejaman dan kezaliman yang dilakukan oleh israel dan sekutunya. Dan ia juga merupakan suatu jasa yang amat berharga terbit dari benua Amerika Selatan. Keberaniannya seharusnya menjadi contoh kepada yang lain.

Namun, dlm masa yang sama Hugo Chavez juga didapati memberi sokongan yang kuat kpd regim Basyar. Jika dilihat kepada konteks sokongan Chavez terhadap Palestin, beliau sebenarnya menyatakan sokongan beliau daripada blok ‘kiri’ iaitu sosialis etc, dimana blok ini merupakan pesaing utama kepada blok ‘kanan’ (demokrat/nasionalis/liberal/konservatif etc.). Ideologi ‘kiri’/sosialis secara asasnya berpihak kpd ‘org bawahan’/rakyat dan atas sebab itu dia menyokong Palestin, atas dasar kemanusiaan dan menentang kuasa penindas (israel,US etc.). Namun asas Chavez adalah sosialis, yang juga merupakan asas pemerintahan Baath Party/regim basyar. Dalam dunia politik global, banyak konteks perlu dilihat. Bak kata Dr. Hafidzi Mohd Noor, “al-Haq akan terus berhadapan dgn yg batil. Kadangkala yang batil dilihat berlawan sesama mereka, dan dilihat bersama dgn al-Haq. Kadangkala mereka (batil) dilihat bersama-sama/bergabung menetang al-Haq. Pertentangan antara al-Haq dan batil tidak semestinya satu lawan satu. Namun, al-Haq sentiasa berada dilandasan yg lurus.” As-Syeikh Fathi Yakan juga ada nyatakan bahawa, “Tidak ada anggapan yg lebih sesat dari anggapan yang menyatakan sekiranya umat Islam tidak bersama golongan kanan, kita perlulah bersama golongan kiri”. Islam sentiasa berada pada paksinya yg tersendiri, namun strateginya bergantung pada keadaan semasa, seperti apa yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw, Salahuddin al-Ayyubi, sehinggalah ke zaman sekarang, iaitu apa yg sedang dilakukan oleh Mesir (pimpinan Dr. Morsi) dan juga Turki. Dalam konteks status ini ditulis, Chavez tetap merupakan salah seorang pemimpin dunia yang bersuara mengutuk israel dan sekutunya US. Allahu a’lam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s