Qatar – latest update

Image

Qatar is a very small country, compared to her neighbours like the Kingdom of Saudi Arabia, Iraq, Iran, Jordan, Syria and Egypt.

(Actually, the original article/commentary was posted on my FB account. But then i decided to post it here. Since the main reason for me to develop this blog is to post any articles that written by me, and to develop my writing skills. So here it goes. A very long journey to go..in becoming a writer, insyaAllah..)

Perkembangan semasa Qatar agak menarik untuk kita ikuti. Sejak penghujung tahun 2012, Qatar dilihat mula menunjukkan kesan yang sangat signifikan dalam membantu membangunkan dan memastikan kestabilan dalam dunia Islam. Baru-baru ini, menurut satu laporan, Qatar telah pun menandatangani perjanjian dengan Tunisia bagi memberi gran yang bernilai USD29 juta. Sebanyak USD17.4 juta daripadanya adalah merupakan pinjaman tanpa ‘interest’, manakala selebih USD12.7 juta adalah merupakan gran kekal tanpa perlu dipulangkan. Sebelum ini, Qatar juga telah melakukan satu perjanjian yang hampir sama dengan Mesir, dimana Qatar memberikan gran sebanyak USD5 billion bagi membantu memulihkan keadaan ekonomi Mesir. Qatar juga telah turut menyumbangkan sebanyak USD400 juta bagi projek pembangunan di Gaza. Dalam masa yang sama, Qatar juga turut melabur di beberapa negara di Eropah seperti di Greece (yang hampir bankrap) dan Itali. Baru-baru ini juga, Qatar telah bersetuju untuk melabur bagi projek-projek utama di United Kingdom bernilai USD15 billiion.

Dalam perkara lain, Qatar juga dilihat mula menunjukkan peranannya dalam menyuarakan isu-isu berkaitan umat Islam. Qatar telah menyuarakan tentang isu Syria. Dan dalam minggu lepas, Qatar telah mengutuk tindakan israel yang menceroboh dan melakukan keganasan di Masjid Al-Aqsa. Pencerobohan tentera israel ke dalam Masjid Al-Aqsa ketika solat Jumaat sedang berlangsung itu adalah merupakan suatu tindakan yang sangat biadap, serta telah mencederakan beberapa umat Islam yang sedang bersolat Jumaat.

Kini, Qatar telah mula memainkan peranan yang sangat besar dan signifikan dalam dunia Islam. Pemimpin-pemimpin Qatar, bermula daripada Emir-nya sehinggalah ke barisan kabinet dilihat merupakan satu pasukan yang berkredibiliti. Selain daripada sokongan ulama’ yang hebat di Qatar seperti As-Syeikh Dr Yusuf al-Qardhawi. Itulah gandingan mantap diantara umara’ dan ulama’.

Strategi yang dilakukan oleh Qatar, Turkey dan beberapa negara Islam lain sebenarnya adalah sama seperti yang dilakukan oleh Rasulullah saw, Salahuddin al-Ayyubi dan lain-lain.

Allahu a’lam.

#sekadar analisis amatur aku…kini aku mula meminati Qatar..pra-2010,aku sangat meminati People’s Republic of China….pasca-2010,aku beralih arah melihat kepada Turki…dan kini, Qatar telah tersenarai dalam pilihan aku…insyaAllah,aku berharap dapat bersama-sama dgn yang lain menjadikan Malaysia yang tercinta benar-benar berperanan dgn tanggungjawab yang sepatutnya…Allahu a’lam…Allahu akhbar!!!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s