Ahmet Davutoglu

Ahmet-Davutoglu-5

Ahmet Davutoglu – Suatu nama yang tidak asing bagiku. Aku mula mengenali nama ini ketika berlakunya tragedi serangan ke atas Mavi Marmara pada 2010. Selepas tragedi tersebut berlaku, beliau terus menuju ke israel dan mengadakan perbincangna tertutup dengan menteri2 israel. Selepas daripada perbincangan tersebut, menteri israel bergegas terbang ke ibu pejabat PBB di US dan membawa bersama senarai panjang barangan yang boleh dibawa masuk ke Gaza. Ekoran daripada tindakannya itu, sekatan ekonomi ke atas Gaza mula dikurangkan, serta kepimpinannya mula terserlah.

Baru-baru ini, israel telah memohon maaf kepada Turki diatas tindakan IDF menyerang Mavi Marmara hingga menyebabkan 9 orang rakyat Turki syahid. Tindakan israel ini menunjukkan satu kemenangan yang diperoleh bukan sahaja oleh Turki, malah merupakan satu kemenangan bagi pihak yang mendokong keamanan dan keadilan.

Dan baru-baru ini juga, aku mula kerap mendegar rakaman syarahan Ahmet Davutoglu di internet. Baru aku tahu yang beliau sebelum ini adalah merupakan seorang ahli akademik. Maka tidak hairanlah apabila aku mendengar hujahnya mengenai polisi luar Turki yang begitu bernas dan relevan.

Setelah mendengar syarahannya, aku fikir tidak ada pemimpin semasa di Kerajaan Malaysia yang setanding dengan beliau. Namun, kita boleh memilih pemimpin akan datang Malaysia yang mempunyai kelayakan seperti beliau. Allahu a’lam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s