Turki bangkit, israel tunduk akur

turki-sekulerisme

This article was written before the latest bombing by the israel on the Gaza Strip. So, part of this commentary perhaps only relevant on the event before the bombing. Personally, the bombing on Gaza is unexpected. This latest attack means israel is breaking the truce that were signed by both parties; Hamas & israel last November. And this attack happened less than two weeks after israel apologized to Turkey about the Mavi Marmara incident. This will definitely stall the reconciliation between Hamas and Fatah. Let us hope that this is just one time attack. And let’s also pray that Turkey will once again play his role in this issue. And for us, just don’t stop praying.

Apabila ada sesebuah negara bertindak memohon maaf daripada negara lain, berita itu akan berlalu begitu sahaja. Namun, apabila tindakan memohon maaf ini datangnya daripada israel, seluruh dunia menjadi gempar.

Pada 22 Mac yang lalu, israel telah bertindak memohon maaf kepada Turki diatas tindakan pasukan komando israel (IDF) menyerang Mavi Marmara yang berada dalam perjalanan ke Gaza. Kapal yang memuatkan ahli misi kemanusiaan bagi meruntuhkan tembok sekatan ekonomi ke atas Gaza itu telah diserang di kawasan perairan antarabangsa oleh pihak IDF sehingga menyebabkan 9 orang ahli misi syahid. Tindakan ganas yang tidak bertamadun ini telah mendapat kecaman daripada seluruh masyarakat dunia; sama ada daripada individu mahupun negara, sama ada muslim mahupun non-muslim, semua pihak mengutuk tindakan israel tersebut.

Kesan daripada tindakan pihak israel ini, hubungan diplomatik yang sudah sangat lama terjalin diantara Turki-israel menjadi dingin. Turki bertindak memanggil duta Turki ke israel pulang, serta menghalau pulang duta israel. Tindakan tegas ini sekaligus memberi kesan terhadap kerjasama keselamatan/ketenteraan, ekonomi dan lain-lain yang sebelum ini sangat kukuh terjalin.

Selain itu, banyak negara-negara lain yang mengambil tindakan yang hampir serupa dengan Turki, iaitu memanggil pulang duta negara masing-masing ke israel seperti Afrika Selatan, Ecuador dan Venezuela. Lebih daripada 50 negara telah mengutuk secara keras tindakan israel yang menyerang masyarakat sivil di atas kapal yang berlayar atas misi kemanusiaan itu.

Turki dengan tegas telah meminta israel untuk memohon maaf dan akan terus mendakwa israel di peringkat mahkamah antarabangsa. Kesan daripada tindakan tegas Turki ini, menteri israel telah terbang ke ibu pejabat UN di US dan membawa senarai panjang barangan yang dibenarkan untuk dibawa masuk ke Gaza. Walaubagaimanapun, israel masih enggan mengaku bersalah dan terus mencipta alasan menyalahkan pihak lain.

Kesan daripada tragedi ini, masyarakat antarabangsa semakin vokal menyuarakan sokongan terhadap Palestin. Misi kemanusiaan ke Palestin semakin bertambah. Kepimpinan dan pengaruh Turki semakin berkembang. Ekonominya bertambah kuat dan stabil. Peranannya di rantau Timur Tengah dan peringkat global semakin terserlah. Pemerintahan dalaman Turki semakin kukuh. Hal ini sekaligus menyebabkan Turki sebagai pembela utama isu Palestin di peringkat global.

Semenjak berlakunya Kebangkitan Arab (Arab Springs) pada tahun 2011, israel semakin hilang sekutunya di rantau Timur Tengah. Kebangkitan Arab yang berlaku tersebut menyaksikan pemimpin-pemimpin diktator Arab ditumbangkan satu persatu, bermula di Tunisia dan merebak ke Libya, Mesir, Yaman dan lain-lain. Peralihan kuasa pemerintahan negara-negara Arab daripada regim diktator kepada masyarakat sivil menyaksikan perubahan dasar luar negara-negara tersebut terhadap israel. Maka jelaslah terbukti bahawa pemimpin-pemimpin Arab sebelum ini hanyalah merupakan boneka pilihan israel dan US. Mereka inilah yang sanggup menggadaikan Palestin sehingga termeterainya perjanjian-perjanjian yang membawa kepada kehancuran Palestin seperti Perjanjian Camp David, Perjanjian Oslo dan lain-lain.

Kehilangan Mesir sebagai rakan sekutu yang sangat penting selepas Turki adalah merupakan satu tamparan yang cukup besar buat israel. Pemimpin-pemimpin negara Arab yang masih kekal di tampuk pemerintahan dilihat mula tunduk kepada kehendak rakyatnya. Keadaan ini sekaligus menyebabkan israel benar-benar dipencilkan daripada jiran-jirannya. israel ibarat berada didalam ‘penjara’ besar dan semakin terancam.

Negara-negara Islam di sekelilingnya pula dilihat menunjukkan kesatuan yang semakin utuh dan kukuh. Qatar yang sebelum ini dilihat dunia sebagai negara Arab yang kecil, kini mula muncul sebagai suatu pengaruh yang signifikan di rantau tersebut, dengan kekuatan ekonomi yang dimilikinya. Turki semakin melebarkan pengaruhnya di peringkat global, dengan kekuatan ketenteraan yang semakin dihormati serta perkembangan ekonomi yang terus memberangsangkan di saat ekonomi dunia mengalami masalah teruk.

Kesatuan dan kerjasama ini dibuktikan dalam banyak perkara seperti bantuan dan kerjasama ekonomi yang dimeterai di antara Qatar dengan kerajaan-kerajaan baru pos-diktator seperti Mesir, Tunisia, Algeria dan lain-lain. Semua ini adalah bagi membantu memulihkan ekonomi negara masing-masing yang teruk binasa akibat pentadbiran yang korup oleh regim-regim terdahulu. Turki juga turut terlibat dalam kerjasama pengukuhan ekonomi bagi mengatasi masalah yang dialami oleh Mesir dan lain-lain. Selain itu, Turki berperanan besar dalam memastikan kestabilan di rantau tersebut dengan memulakan pelbagai langkah perbincangan dan menjadi perantara dalam banyak isu di Timur Tengah, termasuk juga negara-negara Islam lain seperti Afghanistan, Iraq, Bosnia dan lain-lain. Tujuannya adalah bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik agar kesejahteraan rakyat yang terlibat dapat dibela, serta menjamin kestabilan rantau tersebut.

Selain pengukuhan jaringan kerjasama dikalangan negara-negara Islam, mereka juga dilihat memperkukuhkan kerjasama dalam perlbagai bidang dengan negara-negara lain di dunia, terutama di Eropah. Qatar telah melabur dalam banyak sektor di Greece, Itali dan juga di UK. Turki melabur dalam projek-projek di negara-negara jiran termasuklah di Serbia! Selain itu, pengaruh yang ditunjukkan oleh Turki juga telah menyebabkan NATO menjalinkan kerjasama dengannya dalam hal-hal berkaitan keselamatan antarabangsa.

Serangan ke atas Gaza atau dikenali sebagai Hijjaratul Sijjil pada November 2012 dilihat sebagai pemangkin kepada kesatuan dan kerjasama dikalangan negara-negara Timur Tengah. Turki, Mesir dan Qatar dilihat begitu kehadapan dalam usaha menyelesaikan isu tersebut di peringkat antarabangsa. Usaha ini turut didokong oleh negara-negara lain seperti Tunisia, Algeria dan lain-lain. Semakin lama, dilihat bahawa semakin banyak negara-negara Arab yang mula tampil kehadapan menyatakan sokongan membela isu-isu berkaitan dengan umat Islam. Kerajaan Arab Saudi juga kini sudah mula menonjolkan diri bersama-sama membela isu Palestin, selain negara Jordan. Malah, negara-negara di Timur Tengah ini juga bersama-sama berusaha menyelesaikan isu Syria yang kini telah melebihi 2 tahun.

Perkembangan positif yang berlaku ini bukan sahaja baik untuk negara-negara yang terlibat, malahan ia juga member kesan positif kepada negara-negara lain di dunia. Akibat daripada perubahan yang tidak dijangka ini juga, israel dan kuasa sekutunya berasa semakin terancam. Hal ini sekaligus menyebabkan israel terpaksa mengambil langkah untuk memohon maaf kepada Turki di atas tragedi yang berlaku hampir 3 tahun yang lalu.

Dalam permohonan maafnya, israel telah bersetuju dengan 3 syarat utama yang ditetapkan oleh Turki, iaitu:

  1. Memohon maaf kepada Turki dan pihak yang terlibat diatas Tragedi Mavi Marmara yang berlaku pada tahun 2010.
  2. Membayar pampasan dan ganti rugi kepada keluarga mangsa yang terbunuh.
  3. Menarik semula sekatan ekonomi ke atas Gaza.

Dan israel telah bersetuju untuk memenuhi kesemua syarat-syarat yang ditetapkan tersebut atas persetujuan bersama dengan US.

Satu perkara yang sangat menarik adalah, Turki telah meminta pandangan daripada beberapa pemimpin negara-negara Islam sebelum Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan bercakap dengan Perdana Menteri israel, Benjamin Netanyahu bagi membincangkan isu berkaitan permohonan maaf tersebut. Erdogan telah menghubungi Perdana Menteri Palestin di Gaza, Ismail Haniya, Presiden Pihak Berkuasa (PA) Palestin, Mahmoud Abbas, Presiden Mesir, Mohammed Morsi, Perdana Menteri Lubnan, Najib Miqati dan juga Emir Qatar, Sultan Sheikh Hamad bin Khalifa Al-Thani. Tindakan yang diambil oleh Turki ini ternyata mendapat sokongan daripada pemimpin-pemimpin Islam yang lain, sekaligus membuktikan kesefahaman dan kesepaduan yang jitu dikalangan negara-negara Islam yang terlibat.

Permohonan maaf yang dianjurkan oleh israel ini adalah satu kemenangan bagi pihak yang terlibat, terutamanya Turki dan Palestin. Ia juga merupakan satu kemenangan buat masyarakat sivil yang mendokong keadilan dan kesejahteraan. Permohonan maaf ini menunjukkan bahawa israel berada dalam keadaan yang tertekan dan terancam.Dengan keadaan di Syria dijangka insyaAllah akan berpihak kepada pihak kebangkitan rakyat Syria, sekaligus menyebabkan israel terpaksa ‘memulihkan’ statusnya di rantau tersebut. Tindakan israel ini sebenarnya mendapat bantahan daripada rakyatnya sendiri yang menganggap bahawa ia adalah suatu penghinaan buat mereka. Namun, israel tidak mempunyai pilihan melainkan apa yang memang sepatutnya ia lakukan sejak awal lagi. Penghinaan buat israel ini adalah sesuatu yang memang layak buatnya. Bak kata pepatah, “Sirih pulang ke ganggang.” israel pulang ke tempatnya dibawah sekali, tempat yang selayaknya.

Perkembangan geopolitik dan sosioekonomi di Timur Tengah seharusnya diberikan perhatian yang serius oleh dunia, terutamanya kita. Hal ini kerana apa yang berlaku kini di Timur Tengah adalah merupakan bunga-bunga kebenaran bahawa dunia Islam boleh bangun berkembang dengan tidak terlalu bergantung kepada dasar luar US, EU dan sekutunya yang lain. Hal ini terbukti gagasan yang dibangunkan oleh pejuang-pejuang dan pemikir-pemikir Islam sejak seabad yang lalu kini mula membuahkan hasil. Jalan yang diambil berdasarkan kefahaman Islam yang sebenarnya, seperti apa yang dibawakan oleh Rasulullah saw ternyata merupakan jalan penyelesaian yang paling tepat dan terbaik.

Kita seharusnya memanjatkan setinggi kesyukuran kepada Allah swt diatas kurniaan kemenangan awal ini. Perjuangan masih panjang, namun bunga kemenangan yang diperolehi ini seharusnya meningkatkan keazaman dan menambahkan keyakinan buat mereka yang beriman.

Allahu a’lam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s