Mesir: Masa depan Palestin?

Peta menunjukkan Palestin yang bersempadan dengan Sememnanjung Sinai, Mesir

Peta menunjukkan Palestin yang bersempadan dengan Semenanjung Sinai, Mesir

Perkembangan semasa di Mesir kini sebenarnya memberi kesan secara langsung terhadap Palestin. Semasa era diktator Hosni Mubarak, Mesir adalah merupakan sekutu utama bagi israel di rantau Timur Tengah. Hubungan diplomatik diantara Mesir-israel ini terjalin secara rasmi kesan daripada Perjanjian Camp David pada tahun 1978. Perjanjian Camp David ini telah ditandatangani diantara Presiden Anwar Sadat dan Perdana Menteri Menachem Begin yang diatur oleh Presiden Amerika Syarikat pada ketika itu iaitu Jimmy Carter. Perjanjian yang termeterai ini adalah merupakan hasil daripada beberapa siri perbincangan damai diantara Mesir dan israel kesan daripada Peperangan Ramadhan (Peperangan Oktober – umum, Peperangan Yom Kippur – Yahudi) pada tahun 1973. Pada peperangan ini, Mesir dan Syria telah melakukan serangan ke atas israel secara serentak bagi merampas kembali Wilayah Palestin yang dirampas oleh israel semasa Perang 6 Hari pada 1967, dimana pada peperangan tersebut keseluruhan Wilayah Palestin termasuk Tanah Tinggi Golan dan Semenanjung Sinai dirampas oleh israel. Maka, serangan yang dilakukan pada 1973 adalah bertujuan untuk mendapatkan kembali kawasan yang dirampas oleh israel secara haram.

Serangan yang dilakukan oleh Mesir dan Syria ke atas israel pada ketika itu hampir mencapai kejayaan total, namun Amerika Syarikat telah mencelah dan campurtangan agar serangan ke atas israel dihentikan. Seterusnya, berlaku beberapa siri perbincangan diantara Mesir dan israel sehingga termeterai perjanjian damai Camp David pada tahun 1978. Kesannya, Mesir terikat dengan perjanjian ini dan menjadi sekutu utama israel di rantau Timur Tengah. Dasar luar Mesir ini berkekalan sehingga Hosni Mubarak mengambil alih jawatan Presiden Mesir.

Hubungan Mesir-israel ini secara langsung ‘membunuh’ Palestin terutamanya mereka yang telah dihalau ke kem-kem pelarian di Gaza. Mesir mengambil tindakan menutup mata terhadap segala kekejaman yang dilakukan oleh israel ke atas rakyat Palestin. Pembantaian, pembunuhan dan keganasan yang dilakukan oleh israel tidak dihalang oleh Mesir yang berjiran dengan Palestin. Mesir yang dianggap sebagai ‘singa’ dan ditakuti oleh musuh, kini tidak ubah bak ‘seekor tikus’ yang tidak memberikan sebarang ancaman terhadap israel. Malahan menjadi sekutu kuatnya. Apabila Hamas mencapai kemenangan pada pilihanraya Palestin pada tahun 2006, keadaan rakyat Palestin semakin terhimpit oleh pelbagai bentuk penindasan dan penafian hak asasi. Pintu Rafah yang menghubungkan Palestin (Gaza) dan Mesir ditutup, bekalan makanan dan perubatan dilarang daripada pintu Rafah ke Gaza. Keadaan Gaza pada ketika itu ibarat ‘penjara terbuka’ terbesar di dunia! Serangan demi serangan yang dilakukan israel ke atas Gaza tidak dibela!

Namun, apabila regim diktator Hosni Mubarak diturunkan pada tahun 2011, keadaan politik di Mesir mula berubah. Pilihanraya umum Mesir diadakan pada tahun 2012 bagi memilih kerajaan baru dan berlangsung mengikut sistem demokratik. Keputusan pilihanraya tersebut telah membentuk kerajaan campuran Mesir yang demokratik dan dipimpin oleh Presiden Dr. Mohammad Morsi. Kesannya, Mesir mula membuka pintu Rafah dan membenarkan bantuan asasi seperti makanan dan perubatan memasuki Gaza melalui Rafah. Keadaan Palestin, khususnya di Semenanjung Gaza semakin baik dan stabil. Palestin mula terbela. Apabila berlaku serangan israel ke atas Gaza pada penghujung 2012 yang lalu, dan dikenali sebagai Hijjaratus Sijjil (Operation Pillar of Cloud – israel), Mesir dibawah pimpinan Morsi telah bertindak sebagai orang tengah dalam mencapai gencatan senjata diantara kedua-dua belah pihak. Gencatan senjata yang diatur oleh Mesir adalah lebih adil dan telus berbanding gencatan-gencatan senjata yang diatur oleh Amerika Syarikat sebelum ini, dimana ianya lebih memihak kepada israel. Kesannya, dunia melihat Mesir bagaikan ‘sang Singa’ yang baru terjaga daripada lenanya yang panjang. Namun, perubahan geopolitik di Mesir ini sekaligus memberi ancaman kepada israel serta sekutunya iaitu Amerika Syarikat dan lain-lain.

Maka, kudeta (rampasan kuasa) yang dilakukan oleh pihak tentera daripada kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat Mesir melalui sistem demokrasi yang adil

Dalam pada itu, keadaan dalaman Mesir masih tidak stabil. Secara umumnya, kerajaan Mesir pimpinan Morsi masih belum mampu memperbaiki keadaan sosio-ekonomi di Mesir. Taraf hidup rakyat Mesir masih lagi terhimpit. Namun, hal ini kerana kerajaan Morsi telah mewarisi suatu kerajaan dimana sistemnya yang telah hancur teruk akibat daripada korupsi yang berleluasa semasa berada dibawah pemerintahan regim diktator Mubarak. Selain itu, terdapat banyak pihak, sama ada dari dalam ataupun luar negara yang tidak memberi kerjasama kepada kerajaan Morsi dalam melakukan perubahan di Mesir. ‘Orang-orang’ bekas Presiden Hosni Mubarak masih lagi memegang jawatan-jawatan penting di dalam kerajaan dan terus melakukan kekacauan dalam Mesir. Akhirnya, berlakulah kudeta (rampasan kuasa) oleh pihak tentera daripada kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat Mesir melalui sistem pemilihan demokrasi yang adil.

Kudeta ini disambut dengan sorakan gembira oleh israel dan sekutunya. Bagi israel, Mesir yang baru adalah merupakan ancaman bagi kewujudannya. Namun, bagi rakyat Palestin, Mesir pimpinan Morsi adalah pembela bagi mereka. Akibat daripada kudeta tersebut juga, kerajaan sementara Mesir telah menutup pintu Rafah. Bekalan bantuan asasi ke Gaza juga disekat. Kini keadaan di Gaza mula kembali terhimpit seperti di era regim Mubarak. Masa depan Gaza dan Palestin secara keseluruhannya dilihat kembali mendung.

Persoalannya, apakah yang bakal berlaku terhadap Gaza pada jangka masa panjang? Bagaimana dengan usaha pembebasan Palestin? Dan yang paling penting juga, adakah masa depan Mesir secara keseluruhannya bakal kembali gelap?

Semoga Allah swt meneguhkan hati-hati mereka yang memperjuangkan keadilan dan melindungi mereka. Semoga usaha untuk membebaskan Masjid Al-Aqsa tidak akan luntur daripada hati umat Islam sekaliannya. Allahu a’lam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s