Keputusan Ergenekon: kejayaan demokrasi di Turki?

180320131609132405018

 

 

Keputusan mahkamah Turki mengenai kes Ergenekon secara tidak langsung membawa Turki kepada satu tahap yang lebih matang dalam mengamalkan sistem demokrasi. Keputusan ini sangat penting kepada Turki kerana ia akan memastikan sistem demokrasi berdasarkan kepada kehendak majoriti rakyat dapat diamalkan. Kes Ergenekon yang terkini bermula pada tahun 2007 apabila terdapat perancangan dan konspirasi bagi melakukan rampasan kuasa daripada kerajaan Turki yang dipimpin oleh AKP. Perancangan ini walaubagaimanapun gagal kerana pihak berkuasa Turki berjaya membongkar konspirasi tersebut dan tangkapan terhadap tertuduh dilakukan. Penyiasatan terhadap kumpulan tersebut dilancarkan dalam usaha melakukan dakwaan jenayah yang dilakukannya.

Ergenekon adalah merupakan suatu organisasi ‘bawah tanah’ yang dipercayai sebagai perancang utama dalam beberapa rampasan kuasa di Turki, dimana sebelum AKP memegang tampuk kuasa, kerajaan Turki pimpinan Necmettin Erbakan adalah merupakan salah satu mangsa konspirasi tersebut. Setelah AKP berkuasa, dimana ramai melihat AKP sebagai sebuah parti Islami, Ergenokon telah merancang satu plot rampasan kuasa terhadap kerajaan Turki pimpinan Perdana Menteri Erdogan. Namun, perancangan tersebut telah gagal.

Ergenekon dianggotai oleh individu-individu yang berpangkat besar dan berpengaruh dalam tentera, parti politik, media dan sebagainya. Dalam keputusan mahkamah yang diumumkan pada hari ini, antara yang dijatuhkan hukuman adalah bekas ketua tentera Turki, dimana beliau telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Hukuman dijatuhkan keatas pesalah diatas jenayah yang dilakukan seperti keganasan politik dan pembunuhan individu-individu tertentu bagi tujuan kuasa dan politik. Pengumuman keputusan hukuman ini juga secara tidak langsung dapat mengeluarkan kuasa dan pengaruh tentera daripada arena politik di Turki.

Bagi sesetengah pihak, terutamanya penyokong ultra-nasionalis, mereka mendakwa bahawa hukuman yang dijatuhkan ini adalah tidak adil dan bertujuan bagi memastikan kuasa politik AKP dan Erdogan terus terjamin. Mereka mendakwa bahawa AKP turut terlibat dalam pendakwaan ini kerana ingin menghapuskan pengaruh pihak pembangkang yang sekular. Selain itu, media barat seperti BBC News pula cuba memberikan imej buruk kepada AKP dalam melaporkan tentang hukuman yang dijatuhkan terhadap kes Ergenekon. Namun, perkara tersebut bukanlah suatu perkara yang baru. Usaha memburukkan imej dengan propaganda negatif terhadap kerajaan Turki dibawah AKP telah ditunjukkan sebelum ini, terutama ketika berlakunya protes terhadap Gezi Park. Dalam pada itu, barat – terutama EU – yang selama ini melaung-laungkan sistem demokrasi telah tidak berlaku adil dalam banyak perkara, terutama apabila berhadapan dengan isu Mesir. Hanya Turki sahaja yang berpegang dan konsisten dengan prinsipnya mengutuk kudeta di Mesir.

Pengumuman hukuman bagi kes Ergenekon ini dillihat sebagai tepat pada masanya. Hal ini kerana Turki yang dipimpin oleh AKP berusaha membuktikan bahawa ia mampu melaksanakan sistem pemerintahan demokrasi yang adil dan telus. Jika konspirasi Ergenekon ini tidak diselesaikan dan dijatuhkan hukuman, sistem demokrasi mengikut kehendak suara majoriti rakyat tidak akan dapat dijalankan dengan sempurna, kerana ‘kuasa-kuasa ghaib’ yang berkepentingan akan terus menimbulkan kekacauan dan mengganggu perjalanan pemerintahan berdasarkan kepada sistem demokrasi itu sendiri.

Namun begitu, perkembangan terbaru di Turki ini pastinya tidak disenangi oleh banyak pihak, terutamanya US, EU dan israel. Semasa berlakunya peristiwa Gezi Park, pesaing-pesaing Turki di Eropah seperti German, melalui Angela Merkel telah memanipulasi isu tersebut dengan menjatuhkan imej Turki, serta cuba menghalang Turki daripada menyertai EU. Maka, isu yang terbaru ini juga mungkin akan dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu bagi kepentingan masing-masing.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s