Isu di Mesir: Apa kaitannya dengan Palestin?

e296dba13e25528c13e4c8cb81de3aa8.jpg.thumb_700

Dalam sejarah perjuangan Palestin, Mesir adalah merupakan watak utama dalam rentetan perjuangan bagi membebaskan bumi Barakah ini. Bermula sebagai ‘hero’, sehinggalah tersungkur kepada ‘zero’.

Sejarah telah mencatatkan dimana begitu ramai mujahidin daripada Mesir yang turut bersama-sama menyertai jihad menyelamatkan Palestin pada tahun 1948. Pada tahun 1967, dalam peristiwa yang dikenali sebagai Perang 6 Hari, tentera Mesir telah tewas kepada israel dalam tempoh 6 hari, dimana gelaran tersebut diberikan. Disebabkan oleh kekalahan ini, Mesir telah menyusun strategi dan menyerang kembali israel pada tahun 1972. Pada serangan kali ini, israel telah hampir kalah. Namun US telah masuk campur dan menggunakan kuasa veto PBB yang dimilikinya bagi menghalang Mesir daripada terus menewaskan israel.

Kesan daripada serangan pada 1972 ini atau dikenali sebagai Perang Yom Kippur (israel) atau Perang Ramadhan (Islam), US telah mengusulkan perbincangan damai diantara Mesir dan israel. Hasilnya, satu perjanjian yang dikenali sebagai perjanjian Kem David telah ditandatangani diantara Mesir dan israel pada 1978.

Secara bahasa mudahnya, Perjanjian Kem David 1978 ini telah menjadikan Mesir sebagai boneka kepada israel dan US. Mesir telah berubah menjadi sekutu yang paling kuat israel di rantau Timur Tengah. Mesir mula menjadi musuh kepada Palestin itu sendiri.

Pada tahun 2011, sejarah baru telah tercipta di bumi Mesir dimana Presiden Hosni Mubarak yang selama ini menjadi sekutu kuat kepada israel dan US turun melepaskan jawatannya setelah didesak oleh rakyat Mesir sendiri. Hal ini kerana, selain menjadi agen kepada israel dan US, Mubarak juga turut melakukan perkara yang sama kepada rakyat Mesir sendiri yang mahu menegakkan keadilan.

Setelah kejatuhan Mubarak, buat pertama kalinya dalam sejarah Mesir, seorang presiden telah dipilih oleh rakyat mengikut sistem demokrasi. Kemunculan Presiden Morsi yang cuba memperbaiki keadaan Mesir yang hancur akibat korupsi ini tidak disenangi oleh ramai pihak yang berkepentingan, iaitu ‘orang-orang Mubarak’. Selain itu, kerajaan Mesir pimpinan Presiden Morsi dilihat lantang memperjuangkan keadilan dan hak-hak rakyat Palestin. Salah satu peranan Mesir era Presiden Morsi yang sangat signifikan adalah dengan menjadi broker/pihak tengah diantara Palestin dan israel selepas serangan ke atas Gaza pada penghujung 2012. Dan yang lebih positifnya, segala terma gencatan senjata tersebut adalah mengikut ketetapan bagi membela dan menyelamatkan Palestin. Sesuatu perkara yang dilihat sebagai ‘kerugian’ kepada israel. Sekaligus menjada ancaman kepada israel dan US.

Laporan-laporan antarabangsa, antaranya seperti yang dilaporkan melalui media Al-Jazeera menunjukkan bahawa israel dan US turut berperanan dalam melakukan kudeta terhadap kerajaan Mesir pimpinan Presiden Morsi. Kejatuhan kerajaan Mesir pada awal Julai yang lalu, sekaligus memberikan kesan yang negatif kepada Palestin, terutamanya wilayah Gaza. Pintu sempada Rafah ditutup. Terowong dimusnahkan. Bekalan makanan, ubatan, bahan binaan dan lain-lain lagi disekat. Bahkan rakyat Palestin yang ingin kembali masuk ke Gaza melalui Mesir, dilarang untuk berbuat demikian sama sekali.

Kudeta yang berlaku di Mesir ini memberikan kesan langsung yang negatif kepada Palestin. Kini, Palestin kembali terhimpit dengan pelbagai tekanan dan ancaman daripada israel dan sekutunya.

Isu Palestin perlu dilihat dalam konteks global. Ianya tidak boleh dilihat secara terpisah-pisah, atau secara tunggal. Keadaan di Mesir perlu diberi perhatian. Kerajaan yang sanggup melakukan pembunuhan dan pembantaian terhadap rakyatnya sendiri, manakan boleh untuk diharap menjadi pelindung kepada yang lain, dalam hal ini, rakyat Palestin.

Dan pada masa kini, segala apa yang berlaku di Palestin, Mesir, Syria dan Iraq, semuanya mempunyai impak terhadap satu sama lain. Bahkan, apa yang berlaku di Timur Tengah ini juga sebenarnya mempunyai impak terhadap umat Islam di Arakan (Rohingya), Xinjiang dan juga Bangladesh.

Oleh yang demikian, masilah bersama-sama kita mengambil cakna segala apa yang berlaku terhadap umat ini diseluruh dunia.

p/s: Gambar menunjukkan para syuhada di Mesir.

pp/s: Artikel ringkas ini pada asalanya di pos di akaun FB Kelab Sahabat Aqsa bagi mengetengahkan isu semasa di Mesir. Memandangkan akaun FB KSA ini pada asalnya dibangunkan bagi membawa isu Palestin, maka penerangan ringkas berkenaan kaitan Mesir dan Palestin dari aspek politik dan hubungan antarabangsa perlu cuba diterangkan secara ringkas. Antara matlamat KSA dalam membawa sesuatu isu adalah bagi memberikan kefahaman yang menyeluruh terhadap para pembaca dalam sesuatu isu, termasuklah hal-hal berkaitan akidah, aspek politik, strategi etc. Harapannya agar umat Islam di Malaysia, khususnya di UKM tidak melihat sesuatu isu melalui emosi semata-mata. Allahu a’lam.

Leave a comment