Sejarah Perlu Ditulis Semula (17 September 2013)

Ramai yang bersetuju agar sejarah negara Malaysia ditulis semula dengan mengikut konteks yang benar dan tepat.

Sebenarnya telah ada cubaan untuk menyingkap dan membina semula sejarah Malaysia mengikut konteks yg seharusnya difahami, walaupun masih tidak menyeluruh. Namun, usaha mereka ini tidak dapat dikembangkan kerana mereka tidak mempunyai autoriti mempopularkannya mengikut arus perdana. Mereka yang cuba menulis semula sejarah dengan konteks yang tepat ini bukannya hanya orang yg biasa2, namun mereka ini adalah dikalangan ahli akademik. Malahan, ramai jg yg terdiri daripada bidang Sejarah sendiri.

Apabila disebutkan nama Tok Janggut, pastinya ramai yang tidak mengetahui bahawa perjuangan beliau melawan penjajah British sebenarnya adalah menyahut seruan jihad daripada Kerajaan Islam Uthmaniyyah. Sejarah mengenai Tok Janggut ini sebenarnya ditulis sendiri oleh bekas pensyarah UKM. Namun, hasil penulisan akademik beliau ini tidak dimasukkan ke dalam silibus pengajaran subjek Sejarah sekolah menengah. Hasil kajian beliau ini bukan datangnya daripada mimpi sebagaimana ada seorang ‘sejarawan’ yg bermimpi melihat wajah Hang Tuah, tapi penulisan mengenai Tok Janggut ini disokong dengan bukti-bukti spt dokumen etc!

Selain itu, bagi contoh yang lain, sejarah mengenai politik Malaysia jg ada ditulis oleh Syed Husin Ali. Namun, penulisan beliau ini tidak dipandang hanya kerana beliau mempunyai pendirian politik yang berbeza. Pasti ramai yang tidak mengenali siapakah gerangannya Syed Husin Ali ini. Bagi yang meminati politik, mungkin mereka tahu bahawa beliau adalah merupakan bekas presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM). Namun, sebenarnya, beliau juga adalah merupakan seorang ahli akademik yang hebat dan pernah berkhidmat di Universiti Malaya. Beliau bukan sekadar berteori di dalam pejabatnya, namun beliau sendiri turun ke medan membuktikan teorinya itu, spt ketika Demonstrasi Petani di Baling suatu ketika dahulu. Dan apa yang lebih menarik ialah beliau sebenarnya merupakan salah seorang yang bertanggungjawab membawa idea kepada penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sayangnya, majoriti besar warga UKM sendiri tidak megetahui akan sumbangannya yang sangat besar ini. Disebabkan pendiriannya, sejarah yang ditulis olehnya tidak diterima, malah cuba untuk dilupakan.

Satu lagi contoh yang ingin dikongsikan disini ialah Farish A. Noor. Beliau banyak menulis sejarah sosial dan politik Malaysia dalam perspektif yang sangat berbeza daripada yang diketahui umum. Bukan sahaja faktanya yang baru dan tidak pernah didengari sebelum ini, malahan ulasan mengenainya jg boleh dikatakan agak berbeza dan baru bagi majoriti besar pembaca. Beliau dikenali dengan pelbagai kontroversi, memang tidak dinafikan ada perbincangan dan penulisan beliau itu agak kontroversi, namun bahagian yang benar dan kritis tidak patut ditolak secara total. Hasil penulisan beliau cuba dinampakkan sebagai ‘berbahaya’. Tapi, jika ianya benar2 berbahaya, mengapa buku-buku beliau mempunyai nombor siri ISBN?

Dan sebenarnya banyak lagi tokoh-tokoh dan ahli akademik negara yang diiktiraf dari segi kelayakan akademiknya telah pun menulis bahagian2 sejarah yang lebih tepat dan mengikut kepada konteksnya. Namun, hasil penulisan tersebut hanya terbatas kepada lingkaran yang kecil sahaja. Pihak yang berautoriti tidak mengambil hasil-hasil kajian akademik tersebut untuk diajarkan secara rasmi dan meluas demi menjaga kepentingan2 tertentu.

Keadaan ini bertambah parah apabila majoriti besar rakyat Malaysia sendiri kurang meminati membaca bahan-bahan bacaan yang bersifat ilmiah dan akademik, kerana menganggapnya sebagai bahan bacaan yang berat. Makanya, mudahlah pihak yang berkepentingan untuk membentuk dan mempengaruhi pemikiran rakyat dalam melihat hal-hal sosiologi negara.

Ahli falsafah biasa berkata, “Yang menang tulis sejarah, yang kalah tulis puisi”.

Mungkin disebabkan kata-kata diatas inilah, maka lahirlaha karya-karya seperti Hikayat Hang Jebat, Putera Gunung Tahan, Anak Mat Lela Gila etc. Cuba menyampaikan mesej yang benar secara tersirat, kerana kuasa terbatas.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s