Artikel lama ‘revisit’: Scotland, Catalonia, Sabah & Sarawak: 4 negeri mengharapkan perubahan

Artikel asal seperti tajuk di atas ditulis sekitar setahun yang lepas, iaitu bersempena ulangtahun Hari Malaysia. Pada ketika itu timbul segelintir pihak yang ingin mengambil pendekatan yang sama terhadap Sabah dan Sarawak seperti apa yang berlaku di Scotland dan Catalonia; iaitu referendum mewujudkan negeri yang bebas merdeka.

Setelah setahun berlalu, terdapat banyak perubahan yang berlaku ke atas negeri-negeri yang terlibat.

Scotland

Scotland kekal menjadi sebahagian daripada United Kingdom.

Walaubagaimanapun, dalam Pilihanraya Umum United Kingdom 2015 yang lalu, ‘Scottish National Party’ (SNP) telah menang dengan sangat besar dan mengejutkan ramai pihak. SNP telah memenangi 55 kerusi parlimen daripada 59 kerusi parlimen yang dipertandingkan di Scotland.

SNP berjaya merampas banyak kerusi-kerusi daripada ‘Labour Party’ dan menjadi wakil yang utama rakyat Scotland di ‘House of Commons’.

Kemenangan besar ini menyebabkan Kerajaan Persekutuan dibawah ‘Conservative Party’ perlu memberi perhatian terhadap isu-isu yang disuarakan oleh SNP. Kemenangan besar SNP itu boleh juga dianggap sebagai suatu kemenangan buat rakyat Scotland.

Catalonia

Pada 27 September 2015 yang lalu, parti pro-kemerdekaan iaitu ‘Junts pel Si’ (Together for the Yes) telah memenangi majoriti kerusi parlimen pada Pilihanraya Catalonia. ‘Junts pel Si’ telah memenangi 62 kerusi parlimen daripada 135 kerusi yang dipertandingkan.

Selain itu, satu lagi parti yang turut pro-kemerdekaan Catalonia iaitu ‘Popular Unity Candidacy’ (CUP) telah memenangi sebanyak 10 kerusi parlimen. Jumlah kerusi parlimen yang dimenangi oleh kedua-dua parti pro-kemerdekaan ini telah menjadikan mereka sebagai majoriti iaitu sebanyak 72 kerusi parlimen.

Presiden Catalonia iaitu Artur Mas menyatakan bahawa mereka akan memastikan kemerdekaan Catalonia daripada Sepanyol akan dilakukan dalam tempoh 18 bulan.

Walaubagaimanapu, Kerajaan Sepanyol telah menyatakan pendiriannya dengan tegas iaitu tidak akan membenarkan perpisahan Catalonia daripada Sepanyol untuk berlaku.

Seterusnya, Pilihanraya Umum Sepanyol yang bakal berlangsung pada penghujung tahun ini adalah merupakan suatu proses utama yang perlu diberikan perhatian bagi melihat sejauh mana usaha mencapai kemerdekaan Catalonia membuahkan hasil.

Sabah & Sarawak

Ketua Menteri Sarawak telah bertukar daripada Tan Sri Abdul Taib Mahmud kepada Tan Sri Adenan Satem. Maka, mungkin rakyat telah pun “terlupa” akan segala tuduhan korupsi terhadap bekas Ketua Menteri tersebut.

Usaha untuk membawa Sabah & Sarawak keluar daripada Malaysia tidak lagi kedengaran. Secara umumnya, itu suatu petanda yang positif. Hal ini kerana, keutamaan yang harus diberikan ialah untuk memperkukuhkan amalan demokrasi di Malaysia.

Majoriti besar rakyat Malaysia maklum bahawa Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh Umno-Barisan Nasional mengamalkan sikap “pilih kasih” dalam pentadbiran di Malaysia.

Bukan sahaja Sabah & Sarawak, malahan Kelantan juga turut dinafikan haknya hanya kerana Kelantan berada di bawah pentadbiran PAS. Royalti Petroleum bagi Negeri Kelantan dinafikan oleh Kerajaan Persekutuan. Malahan petroleum yang digali di perairan Kelantan dipilih untuk didaratkan di Selatan Thailand yang jaraknya lebih jauh berbanding dengan Kelantan.

Oleh yang demikian, bagi situasi di Malaysia, pilihan masih ada iaitu melalui sistem pemilihan demokrasi yang diamalkan. Prestasi Pilihanraya Umum tahun 2008 dan 2013 telah membuahkan hasil dimana terdapat negeri-negeri utama yang kini berada di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan iaitu Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Negeri Sarawak bakal menjalani Pilihanraya Negeri Sarawak yang dijangka akan berlangsung pada bulan Mac 2016. Parti-parti pembangkang seperti PKR dan DAP telah pun lama melakukan gerak kerja persediaan menghadapi pilihanraya tersebut bagi menentang BN. SNAP juga yang merupakan parti pembangkang tempatan turut bersedia menghadapi pilihanraya yang bakal dihadapi.

Kesimpulan

Situasi di Malaysia mungkin tidak sama dengan situasi yang berlaku di Scotland dan Catalonia, kerana semua tempat-tempat tersebut mempunyai faktor sejarah yang sangat berbeza. Ditambah lagi faktor-faktor lain seperti sosiopolitik, sosioekonomi, demografi dan geografi yang berbeza, pastinya mempengaruhi keputusan politik yang berlaku.

Sehubungan itu, untuk perubahan di Malaysia, pilihanraya yang diadakan seharusnya dijadikan platform utama untuk melakukan perubahan. Kemenangan yang diperoleh perlu digunakan untuk memperbaiki sebarang masalah yang ada dan memperkukuhkan amalan demokrasi di Malaysia.

Usahkan Sabah dan Sarawak untuk keluar daripada Malaysia, malahan Negeri Johor juga usahlah memilih untuk keluar daripada Malaysia atas apa alasan sekalipun. Semoga Negara Malaysia yang terbentuk pada setengah abad yang lalu akan terus kekal makmur. Usah dipersiakan titisan-titisan darah para pahlawan yang telah berjuang menjaga negara.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s